Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Wednesday, 7 March 2012

~Serimuka ~

Pergi ke pasar membeli tauhu
Singgah sebentar di rumah Zulaika
Kalau cik abang ingin nak tahu
Itulah namanya Kuih Serimuka

Sudah lama berangan-angan nak membuat kuih niiii...tapi tak pernah kata nak menjadi kerana mood malas telah menguasai diri. Tapi bila tengok beras pulut yang masih ada...rasa sayang pulak kalau tak masak apa-apa nanti rosak pula di simpan lama-lama...Walau macam mana pon malam ni kena buat juga kuih ni....selepas selesai solat Maghrib kerja-kerja pon dimulakan untuk menyediakan kuih kesukaan en somi niii...resepi akak amik dari internet tapi dah lupa siapa yang empunya...mohon maaf dan minta halal yer sebab akak cnp kat sini untuk rujukan.Resepinya sesedap rasa bagi tekak akak dan family...Along Iqah yang dulunya tak menggemari kuih ni pon amat menyukainya dan minta mamanya untuk buat lagi di lain kali....insyaallah nak...demi kasih sayang mama pada anak-anak n keluarga kita ....mama akan buat lagi di lain kali.


PULUT SERIMUKA


Bahan-bahan : (Lapisan bawah)

2 cawan beras pulut
21/2 cawan santan cair dicampur dengan sedikit garam

Cara penyediaan :
- Basuh pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum di masak.
- Kukuskan sehingga masak - akak lapik loyang dengan plastik supaya senang nak keluarkan nanti.
- Setelah pulut masak, tekankan pulut tadi supaya mampat dan cantik.
- kukus semula dan tuangkan adunan bahagian atas.


Lapisan atas :


2 cawan santan pekat
1/2 cawan jus pandan (di campur sedikit dengan pewarna hijau)
1/2 cawan gula
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jawi/kastad
2 biji telur
sedikit garam



Cara penyediaan :

- Masukkan semua bahan ke dalam blender dan di kisar sebati.
- Masak sekejap di atas api hingga adunan sedikit pekat.
- Tuang perlahan-lahan ke atas pulut yang di kukus tadi.
- Kukuskan lagi lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan dahulu baru boleh di potong serta di hidang.







2 comments:

  1. suka makan tapi tak suka buat :)

    ReplyDelete
  2. Pen biru...tak suka buat pun tak apa...la ni kalau ada "RM" sume buleh dapat...hehehehe :)

    ReplyDelete