MASAK LEMAK CILI API KERANG
Bahan-bahan :
1 kilo kerang saiz duit 20 sen – direbus dan di ambil isinya sahaja
Bahan-bahan :
1 kilo kerang saiz duit 20 sen – direbus dan di ambil isinya sahaja
3 cawan santan pekat - boleh tambah
1-2 batang serai dititik
1 keping asam gelugur/keping
250g rebung – direbus dahulu dan dipotong
bulat
Garam secukup rasa
10 biji cili padi *
3cm kunyit hidup*
2 ulas bawang merah*
(Bahan bertanda * di kisar/ditumbuk halus)
CARA MEMASAK :
Masukkan santan ,
bahan yang ditumbuk lumat , rebung , asam keping dan serai yang dititik
ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua
kerang yang sudah dibasuh bersih dan garam secukupnya . Kacau sekali sekala dan
biarkan sampai kuah mendidih. Rasakan masam, masin dan pedas mengikut selera
dan terus padamkan api….siap untuk hidangan.
No comments:
Post a Comment