Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Wednesday, 11 April 2012

Nasi Ayam Fieda

Semalam buat nasi ayam....saja taruk nama nasi ayam fieda..biar glemer skit..hahahaha....nasi ayam yang akak buat ni cara orang malas sebab tak ada pon sos kicapnya dan ayam pon akak main goreng cam tu jerk......dan supnya pula memang ada tapi entah macam mana terlupa pulak nak ambik gambar sup tu...walau bagaimana pun rupa nasi ayam ni dan seringkas mana pun kejadiannya...tapi tetap sedap dan memikat selera kami anak beranak...en somi yang sememangnya kurang suka dengan nasi ayam pon boleh bertambah bila makan...satu perkembangan yang terbaik nih...hehehehe....

Resepi kali ni akak ceduk dari dapur "wanmus"..minta izin cnp dan share disini ya...marilah kita pakat2 cuba resepi wan mus ini....

NASI AYAM 
Bahan-bahan:
Bahan A (utama) – dikisar
2/3 labu bawang putih
2 biji halia
garam kasar secukupnya

Untuk rebus ayam :
1 ekor ayam dipotong (biasanya potong besar-besar atau 1 ekor dibahagi 4)
kicap manis


Untuk nasi :
3cwn beras atau secukupnya
sedikit beras wangi (optional)
3 sudu besar mentega (planta lagi best)
1 sudu besar bawang merah kisar
bunga cengkih
kayu manis
sedikit minyak
1 sudu besar susu pekat - akak tak masukkan pon
1/2 air rebusan ayam tadi secukupnya
sedikit garam.
1 batang serai

Untuk sambal atau sos:
5 biji cili merah/ lada hidup (besar)
2-3 biji cili api
1 biji tomato
1/2 sudu teh garam dan gula
Perahan limau nipis (4 biji)
2 sudu cuka


Untuk sup:
lebihan air rebusan ayam
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
1 biji buah pelaga
2 sudu besar bawang besar kisar
rempah sup
2 sudu perencah sup
sedikit perasa (ajinomoto)
garam

Untuk kicap special:
kicap manis cap kipas udang (cap lain tak pasti sedap atau tak)
gula
cili api (jangan banyak takut pedas)
Untuk Salad:

Hiasan :
daun salad
buah tomato
timun


Cara-cara masak nasi ayam:

Untuk ayam:
Ayam diperap dengan 1/4 Bahan A sekejap. Tambah air dan rebus sehingga masak. Air rebusan ini di bahagi 2 (1 untuk nasi dan 1 untuk sup).

Keluarkan ayam dan perap lagi dengan Bahan A tambah kicap. Biarkan beberapa minit.


Untuk Nasi:

Masukkan mentega (Planta), minyak, bunga cengkih, 1 batang kayu manis, bawang merah kisar dan 1/4 Bahan A ke dalam periuk nasi..tumiskan sehingga goreng.
Basuh beras (beras biasa+beras wangi dan sejat sekejap.
Masukkan beras ke dalam periuk nasi tadi beserta bahan-bahan yang telah ditumis tadi. Goreng sekejap.
Masukkan air rebusan ayam tadi seperti nak masak nasi biasa.
Masukkan 1 sudu besar susu pekat dan tambahkan sedikit garam beserta 1 batang serai.
Biarkan nasi masak.

Untuk Sup:
Panaskan minyak. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang besar yang dah dikisar dan tambah 1/4 dari bahan A. Tumis sekejap. Masukkan air rebusan ayam tadi, sup bunjut, sedikit garam perencah sup dan ajinomoto. Biarkan sehingga masak.

Untuk Sambal/sos:
Kisar semua bahan diatas. Setelah hancur semuanya, campurkan sedikit sup yang dibuat tadi. Siap..

Untuk Kicap:
Mudah sahaja..masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam pengisar dan kisarkan sampai jadi pekat..jangan masukkan gula terlalu banyak sebab kicap ni dah manis..
Bila dah siap,bolehlah dihidangkan..Jangan lupa salad.





No comments:

Post a Comment