Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Monday, 18 June 2012

Selamat Hari Bapa


Selamat Hari Bapa (17 Jun 2012) khas buat insan yang bergelar bapa....jasa dan pengorbanan mereka  memelihara kita dari kecil hingga besar dengan penuh kasih sayang yang tidak ternilai harganya.
Kepada yang masih mempunyai Ibubapa,jagalah mereka sebaik mungkin,balas lah jasa kedua Ibubapa,walaupun tidak mampu membalasnya sepertimana mereka menjaga,membesarkan kita dan memberi didikan yang sempurna.
Apa yang pasti, alangkah bahagianya jika ada orang yang peka dengan apa yang kita suka atau tak suka. Lebih-lebih lagi jika kepekaan itu datang dari seorang anak. Anak tahu apa kesukaan ibu bapanya, lalu itulah yang dia buat. Dia tidak buat sesuatu yang dia tahu ibu bapanya tak suka. Dia juga tahu apa makanan kesukaan ibu bapanya, tempat yang ibu bapanya suka pergi dan sebagainya.

“Berikan kasih sayang secukupnya dan buat yang terbaik kepada Ibu bapa sementara mereka masih ada,kelak mereka sudah tiada lagi,pada saat itu pasti kita akan merasai satu kehilangan yang besar,dan timbul perbagai penyesalan dan pada saat ini sudah terlambat”

dan hayatilah kata-kata dibawah ini...moga kita insaf dan lebih mengerti betapa kasih sayang seorang bapa begitu bernilai dan bermakna sekali....


Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan


Oleh itu....kesempatan ini akak  dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada bapa akak EN.AHMAD BIN YAAKOB....Terima  kasih bapa kerana kau telah membesarkan kami adik beradik dengan penuh ketabahan dan kesabaran untuk kami Berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Kegigihanmu dalam mencari rezeki untuk menampung kita sekeluarga amat aku hargai….terima kasih bapa…jasamu,kasih sayangmu dan keperihatinanmu akan ku ingat selamanya….



Sumber : Enciknakal

No comments:

Post a Comment