Salam hari Isnin. Tengahari ni menu simple2 jer... Nak masak pun rasa malas semacam sebab kat rumah tinggal kami tiga beranak ja sebab Along Eiqah bersekolah sehingga petang hari ni....memandangkan perut perlu diisi juga...terpaksalah juga kena merajinkan diri untuk masak yang simple2.... masa buka peti ais tu ternampaklah ada daging...Tiba-tiba muncul idea dan teringin pula nak makan Daging Goreng Kicap! sebab satunya simple dan tak susah sangat nak menyediakannya..lagi pun lama juga akak tak masak daging masak kicap ni untuk famili...sekali sekali sedap juga....jom kita jenguk dapur jap....
Bahan-bahan:
300 gram daging lembu - hiris nipis
3 biji cili hijau - hiris
1.5cm halia - hiris
2 biji bawang putih - hiris
1/2 labu bawang besar - hiris
1/2 sudu lada putih - tumbuk
1/2 sudu sos tiram
1/2 sudu serbuk kunyit
2 sudu kicap manis
garam
Cara:
1. Lumurkan daging dengan sedikit garam dan kunyit.Goreng hingga garing. Toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis hirisan halia, bawang putih, bawang besar dan cili hijau.
3. Masukkan daging goreng, sos tiram, kicap dan lada putih. Gaul sebati.
300 gram daging lembu - hiris nipis
3 biji cili hijau - hiris
1.5cm halia - hiris
2 biji bawang putih - hiris
1/2 labu bawang besar - hiris
1/2 sudu lada putih - tumbuk
1/2 sudu sos tiram
1/2 sudu serbuk kunyit
2 sudu kicap manis
garam
Cara:
1. Lumurkan daging dengan sedikit garam dan kunyit.Goreng hingga garing. Toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis hirisan halia, bawang putih, bawang besar dan cili hijau.
3. Masukkan daging goreng, sos tiram, kicap dan lada putih. Gaul sebati.
4. Masukkan kentang goreng. Gaul seketika dan angkat.
Makan ngan nasi panas-panas..laju jer ..adik Eirah siap bertambah nasi makan ngan lauk camni....jangan kata anak-anak suka...si abahnya pon sukeeee...ni yang buat akak lagiiii...lagiiii dan lagiiii sukeeee....hehehe
Sodap nyer.. ;)
ReplyDeletemakan dengan nasi panas-panas lagi sedap...he3
ReplyDelete