Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Sunday, 13 January 2013

Kanak-kanak dan Kesihatan Mental



Kesihatan mental yang baik semasa alam kanak-kanak menentukan kesihatan mental yang stabil
sepanjang alam dewasa. Pengalaman semasa kecil membina dan memperkukuhkan kesihatan
mental, yang mana ini perlu dan menentukan asas kesihatan fizikal dan mutu kehidupan seseorang
itu.


Q Apakah dia Kesihatan Mental?
• Tidak berpenyakit fizikal tidak bermakna kesihatan mental seseorang itu baik
• Kesihatan Mental adalah cara kita berfikir, merasa dan berkelakuan
• Ia juga adalah bagaimana kita berinteraksi bersama orang lain
• Ia juga bagaimana seseorang itu berusaha untuk mencapai apa yang dikehendaki dan dilihat perlu di dalam kehidupan mereka.

Kesihatan mental adalah penting, ia menentukan bagaimana kita hidup dan merancang kehidupan
kita.


Q Apa yang mempengaruhi kesihatan mental kita?
• Kebijaksanan dan pemikiran kita
• Cara seseorang itu dibesarkan (pengaruh dan pengalaman mereka bersama ibubapa dan keluarga mereka): kanak-kanak dipengaruhi
oleh hubungan mereka bersama ibubapa mereka. Mereka juga dipengaruhi oleh kesan dan reaksi ibubapa mereka terhadap masalah
atau kesulitan di dalam keluarga seperti hubungan yang tidak mesra atau rapat, hubunganyang bermusuhan, sentiasa bergaduh antara suami-isteri, keluarga yang berpecah-belah; sifat suka menyerang, memarahi atau sering mengunakan keganasan dan ugutan.
• Alam persekitaran (rakan, sekolah dan jiran)
• “External stresses” yang dialami oleh orang dewasa boleh mendatangkan kesan terhadap kanak-kanak contoh tiada pekerjaan yang stabil,
kesusahan dan masalah di tempat kerja, atau berpenyakit
• Pengalaman yang kita lalui membentuk imej kita terhadap diri sendiri, cara kita menanggani masalah dan keyakinan e.g. masalah dengan rakan sebaya
• Kekuatan, kelemahan, kegagalan dan kejayaan seseorang itu
• Mental trauma (contoh semua jenis penganiayaan, kehilangan atau kematian seseorang yang disayangi, malapetaka)
• Kemiskinan
• Tiada sokongan atau “role model” yang sesuai
• Mempunyai penyakit fizikal atau mental

Ramai kanak-kanak yang mengalami masalah di dalam kehidupan mereka tetapi orang dewasa tidak mengambil kira atau memperkecilkan perkara ini. Kanak-kanak membentuk 39% dari populasi dunia dan WHO menganggarkan 20% dari kanak-kanak ini mempunyai masalah kesihatan mental. Ramai di antaranya tidak dikesan dan tidak menerima rawatan.


Q Apa akan berlaku jika kanak-kanak ini tidak menerima pertolongan?
• Mereka tidak boleh belajar dan melaksanakan tugasan mereka seperti rakan sebaya
• Mereka berisiko untuk hilang minat dan tidak menghabiskan pembelajaran mereka
• Mereka lebih berisiko ponteng dan berkemungkinan besar untuk dibuang sekolah (drop-out of school)
• Dari pengaruh kawan-kawan, mereka berisiko untuk mula merokok atau mencuba, dan menggunakan berbagai-bagai jenis dadah
• Mereka lebih ingkar, membantah dan kurang bekerjasama dengan orang dewasa di sekitar mereka
• Mereka berisiko untuk melarikan diri dari rumah mereka
• Untuk membantu tabiat mereka, mereka lebih menggunakan kekerasan dan ugutan untuk mendapatkan kehendak mereka
• Mereka lebih berisiko untuk melakukan kelakuan berisiko tinggi pada umur yang agak muda (early age) contoh menggunakan kekerasan, bertindak aggresif, atau terlibat dan melakukan kelakuan seksual
• Mood mereka berubah menjadi murung, sedih atau mudah radang
• Bersama dengan perubahan dalam mood mereka, mereka sering mempunyai pemikiran yang negatif tentang diri mereka dan alam sekitar, mereka merasai mereka tidak berguna, hilang harapan dan bersalah. Mereka sering menyalahi diri mereka atau orang lain. Bila sampai ke tahap ini, mereka sering bertindak ganas terhadap diri sendiri atau orang lain.
• Ada yang berfikiran tidak gunanya untuk terus hidup
• Alam kanak-kanak sepatutnya merupakan masa yang dipenuhi dengan keseronokkan, perasaan keanihan, kekaguman dan keriangan. Tetapi yang sebenarnya, bagi kebanyakkan kanak-kanak, ini alam mereka berbeza Ketahui bila anak anda atau rakan mereka
mungkin mengalami kesusahan:


a) Akademik
􀂃 Aduan mengenai masalah membaca, menulis atau mengira
􀂃 Prestasi sekolah yang tidak memuaskan walaupun kanak-kanak itu berusaha
􀂃 Penurunan prestasi sekolah yang mendadak atau mengejut


b) Kelakuan
􀂃 Aduan dari guru atau rakan sebaya tentang kanak-kanak itu susah atau tidak boleh duduk diam di dalam kelas, mereka sentiasa perlu bergerak, meninggalkan tempat duduk mereka atau mengacau atau bercakap-cakap dengan rakan mereka semasa guru mengajar
􀂃 Hiperaktif, gelisah, tidak boleh duduk diam melainkan semasa menonton televisyen, atau bermain computer.
􀂃 Sentiasa tidak boleh mengikut kata atau arahan, tidak boleh bekerjasama dan menggunakan kekerasan atau ugutan terhadap orang dewasa atau rakan
􀂃 Membuli dan sering menggunakan ugutan pada orang lain
􀂃 Sering dibuli
􀂃 Tidak mudah berkawan
􀂃 Selalu mudah marah dan bertindak aggresif contoh menjerit, membaling kepada atau memukul orang lain
􀂃 Perubahan dalam corak pemakanan atau tidur mereka
􀂃 Hilang atau kurang tenaga dan motivasi
􀂃 Hilang atau kurang minat dalam alam persekolahan atau aktiviti yang dahulunya diminati mereka
􀂃 Makan terlampau banyak, atau membuang, menjauhi dan takut makan
􀂃 Menggunakan dadah atau arak untuk menolong mereka mengendalikan diri mereka
􀂃 Idea dan kelakuan yang tidak biasa seperti suka menyendiri, merasa cemas atau ketakutan


c) Emosi
􀂃 Menyuarakan kebimbangan, ketakutan atau perasaan cemas
􀂃 Muka dan perasan muram, sentiasa menangis
􀂃 Selalu cepat marah dan hilang kawalan diri
􀂃 Menyuarakan merasa kebingungan, tertekan, susah hati atau tidak gembira
􀂃 Mengadu susah tidur, sentiasa bermimpi ngeri atau sedih, sentiasa letih, susah untuk menumpukan perhatian atau tidak boleh berfikir dengan betul
􀂃 Sentiasa berfikiran negatif, hilang kemampuan untuk hidup, putus asa atau hendak lari dari rumah
􀂃 Mengadu telah disentuh oleh orang lain dan tidak merasa selesa atau tidak dapat melupakan kejadiaan itu
􀂃 Takut gemuk dan mulai tidak makan dengan betul

Mengetahui bila kanak-kanak ini memerlukan pertolongan dan mengambil tindakan awal, menolong kanak-kanak dan keluarga mereka menyelesaikan masalah mereka sebelum terlambat. Ini menurunkan risiko masalah itu menjadi serious atau berpanjangan.


Q Apa yang boleh menolong?
• Keluarga, guru dan rakan-rakan menyedari yang ada tak kena dengan kanak-kanak itu
• Bercakap dengan mereka dengan suara yang sesuai dan cuba mengetahui perkara apa yang mendatangkan kesan terhadap mereka (Gently talk to them to find out)
• Orang dewasa boleh bercakap kepada orang dewasa lain yang memahami dan mengetahui akan jalan menangani masalah di kalangan kanak-kanak
• Jangan sekali meminimumkan atau menyingkirkan masalah kanak-kanak itu, masalah ini selalunya tidak hilang begitu saja atau dengan umur kanak-kanak itu, jika tidak di ambil kira, masalah itu akan berpanjangan dan menjadi lebih serius
• Bila masalah tidak hilang walaupun telah berusaha, kanak-kanak itu perlu menerima rawatan dari pihak-pihak tertentu (qualified professional, a doctor, paediatrician, clinical psychologist or psychiatrist)


Q Di mana mendapatkan pertolongan?
• Kebanyakan doctor yang merawat kanak-kanak mengetahui dan boleh memberikan pertolongan atau merujuk kepada pakar-pakar jika masalah berterusan atau serius
• Kebanyakan hospital-hospital besar ada kaedah untuk menolong kanak-kanak atau keluarga mereka yang mempunyai masalah kesihatan mentalSewaktu anak-anak anda mula menyesuaikan diri dengan kehidupan di sekolah dan semakin rapat dengan rakan barunya, anda mungkin menyedari perubahan dalam pilihan makanan dan tabiat makannya. Sebagai contoh, mereka mungkin enggan makan, makan terlalu sedikit atau banyak makan makanan ringan yang kurang berkhasiat.


Memperkasakan Anak Anda Yang Bersekolah

Sewaktu anak-anak anda mula menyesuaikan diri dengan kehidupan di sekolah dan semakin rapat dengan rakan barunya, anda mungkin menyedari perubahan dalam pilihan makanan dan tabiat makannya. Sebagai contoh, mereka mungkin enggan makan, makan terlalu sedikit atau banyak makan makanan ringan yang kurang berkhasiat.

Mungkin anda tidak menyedarinya, tetapi perubahan ini berpunca daripada lebih kebebasan dan berdikari yang dirasai oleh kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan. Ramai ibu bapa merasakan bahawa oleh kerana anak-anak mereka sudah cukup ‘besar’ untuk pergi ke sekolah, mereka juga telah cukup matang untuk memilih makanan sendiri. Di sinilah punca permulaan masalah.


Bermula dari rumah

Anak-anak yang bersekolah berada dalam peringkat umur yang mudah dipengaruhi. Mereka meluangkan lebih banyak masa bersama rakan di sekolah dan terlibat dalam aktiviti di luar kurikulum. TV dan komputer menjadi teman setia apabila mereka pulang ke rumah. Besar kemungkinan inilah sumber utama yang mempengaruhi mereka, tetapi bukan orang yang paling penting dalam hidup mereka pada masa ini – iaitu anda.

Namun demikian, anak anda masih menjadikan anda sebagai suri teladan mereka. Gunakan kelebihan ini untuk mengajar mereka di rumah tentang kebaikan dan khasiat pemakanan, tabiat makan yang sihat, dan aktif dalam aktiviti fizikal. Dengan berbuat demikian, anda akan mempengaruhi pilihan makanan mereka apabila mereka berada di luar. Lebih penting lagi, anda juga mempengaruhi pilihan makanan mereka pada masa hadapan.

Anda boleh memperkasakan anak-anak anda untuk membuat pilihan yang bijak dalam soal makanan dengan:



1. Memperkasakan diri anda

Dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan atau doktor keluarga anda bagi memperkasakan diri anda dengan pengetahuan mengenai asas pemakanan yang sihat dan cara terbaik untuk memberi anak anda makan. Anda juga boleh membaca tentang pemakanan yang sihat untuk melengkapkan diri anda dengan maklumat yang betul. Anda akan lebih berkeupayaan untuk mengajar dan memperkasakan anak-anak anda apabila anda sendiri yakin dengan pengetahuan yang diperolehi.


2. Menjadi suri teladan

Oleh kerana anak anda mudah terpengaruh, anda perlu berusaha untuk menjadi contoh yang baik dalam soal pemakanan dan cara hidup yang sihat. Ini termasuk mengamalkan tabiat makan yang baik, gaya hidup aktif dan menjaga kebersihan diri. Sebagai contoh, apabila anda makan sayur, pastikan anda tidak lupa untuk memberitahunya betapa lazat dan sihatnya sayur yang anda makan. Besar kemungkinan anak anda akan mengikut jejak anda dan mula makan sayur!


3. Mulakan dari kecil

Anda perlu mula menyemai tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda sejak mereka kecil. Mulakan dengan sesuatu yang mudah, tetapi penting. Sebagai contoh, pastikan dia mengambil sarapan setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Anda juga boleh menyediakan makanan dengan cara yang sihat supaya dia boleh mengamalkan tabiat makan yang sihat sejak kecil. Atau, anda boleh menjelaskan kepadanya tentang pentingnya makanan dan snek. Beritahunya bahawa makanan harian ini akan bermanfaatkan kesihatan dan akan membolehkannya membesar dan menjadi seorang kanak-kanak yang kuat dan pintar. Ini akan meningkatkan kemungkinan anak untuk mengamalkan tabiat makan yang sihat dan membuat pilihan makanan yang bijak bukan sahaja di sekolah, tetapi juga sepanjang hayatnya.


4. Jangan putus asa!

Salah satu cara penting untuk menyemai pengetahuan tentang pemakanan yang baik ialah dengan bersabar. Jangan putus asa jika anak anda masih tidak mahu makan sayuran walaupun sudah 5 kali diminta! Bersabarlah dan terus mencuba lagi. Lama-kelamaan, selepas dipujuk, mereka pasti akan makan sayur yang anda sediakan. Ini pasti merupakan satu kejayaan bagi anda berdua!


Petua yang praktikal dan menyeronokkan

Semasa berusaha untuk memperkasakan anak anda untuk membuat pilihan makanan yang betul dan mengamalkan tabiat makan yang sihat, anda boleh menggunakan cara yang menyeronokkan anak (dan anda juga). Pembelajaran tentang pemakanan sihat tidak semestinya membosankan. Batasan yang dihadapi adalah hanya imaginasi anda sendiri. Petua berikut sedikit sebanyak dapat menjadikan pembelajaran tentang pemakanan lebih menyeronokkan!


Berbelanja bersama

Ini adalah peluang baik untuk mendidik anak tentang makanan mentah, seperti sayur-sayuran, supaya dia dapat mengenal bau dan teksturnya. Kanak-kanak bersifat ingin tahu tentang segala-gala yang ada di sekeliling mereka, dan ini lebih memudahkan anda untuk menerangkan kebaikan makanan tertentu. Ajar mereka tentang khasiat kebaikan yang disenaraikan pada bungkusan makanan. Contohnya, anda boleh mengambil sekotak bijirin bijian penuh dan menerangkan tentang kebaikan kepada kesihatan makanan seperti ini..


Masak bersama

Sebagai permulaan, anda boleh menyediakan sarapan bersama anak pada hujung minggu. Peringkat usia sekolah rendah adalah paling sesuai untuk belajar tentang pemakanan yang sihat, kerana mereka sentiasa berminat untuk belajar perkara baru, lebih-lebih lagi mengenai makanan dan pemakanan. Mereka juga berminat dan berupaya untuk membantu anda di dapur dengan melakukan kerja yang mudah seperti membasuh buah-buahan atau memotong sayur-sayuran. Mereka akan lebih berminat untuk merasa makanan yang mereka sendiri sediakan kerana ini memberi peluang kepada mereka untuk memberitahu seisi keluarga mengenainya!


Makan bersama

Galakkan keluarga anda untuk makan bersama setiap hari. Waktu makan adalah masa paling baik untuk mengeratkan hubungan dengan anak anda, bertanya khabar dan berkongsi aktiviti harian. Pastikan suasana pada waktu makan bersama keluarga santai dan menyeronokkan. Anak anda akan lebih berselera makan dalam suasana yang positif.


Main bersama

Bermain dengan anak adalah cara yang baik untuk anda sekeluarga melakukan aktiviti fizikal. Anda boleh membawa mereka ke padang atau taman permainan dan menggunakan kemudahan yang terdapat di sana. Anda juga boleh menggalakkan mereka menyertai permainan berkumpulan seperti badminton. Bersiar-siar bersama keluarga seperti berkelah atau berjoging juga dapat merangsang kecergasan mental dan fizikal!


Berkomunikasi bersama

Sentiasa luangkan masa untuk berbual dan mendengar rintihan atau luahan hati anak anda. Anda boleh bertanya tentang makanan yang dimakan oleh rakan sekelasnya, sama ada dia suka makanan seperti itu atau gemar menyertai sesi pembelajaran fizikal di sekolah. Perbualan tidak semestinya mengenai makanan. Anda boleh berbual tentang banyak perkara lain yang dapat merapatkan hubungan anda dengannya. Ingatlah, komunikasi mesti dua hala… jadi, beri peluang kepada anak untuk bercakap!

Keputusan untuk mula mendidik anak anda tentang pemakanan yang sihat bermula dengan anda. Ingatlah, anda hanya mempunyai masa yang singkat untuk berbuat demikian kerana anak anda membesar dengan cepat. Anak anda memerlukan pemakanan yang sempurna sekarang. Jadi, mulakan hari ini… beri mereka makanan yang betul, ajar mereka tentang makanan yang baik dan tanamkan rasa cinta terhadap aktiviti fizikal.

( Rencana ini dibawakan kepada anda oleh Jawatankuasa Pemandu Bulan Pemakanan Malaysia (NMM) Kebangsaan.)



Mengapa kanak-kanak mengalami masalah pemakanan?

Rakyat Malaysia boleh dikatakan hidup senang dan dimanjakan dengan banyak pilihan makanan. Jadi, mengapa masih ramai kanak-kanak kita yang mengalami masalah pemakanan? Sebab utama ialah tabiat makan yang tidak betul dan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Ini berpunca daripada kekurangan pengetahuan tentang pemakanan di kalangan ibu bapa, dan juga kekurangan perhatian dan penjagaan ibu bapa.

Satu kajian yang dijalankan dua tahun lepas oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas lebih 9,000 murid sekolah rendah berumur 7-12 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Hasil kajian itu juga menunjukkan:


1. Tidak mengambil sarapan

Satu dalam setiap tiga murid sekolah rendah tidak mengambil sarapan. Apabila anak-anak anda tidak mengambil sajian pertama yang penting dalam sehari, mereka tidak mendapat cukup tenaga untuk membolehkan mereka cerdas dan memberi tumpuan dalam kelas. Mereka juga menjadi lesu dan mudah merasa letih.


2. Snek tidak sihat

Empat daripada sepuluh murid sekolah rendah mengambil snek setiap hari. Tabiat makan snek yang tidak sihat, sama ada mengambil snek terlalu hampir dengan waktu makan atau mengambil snek dengan kalori tinggi dan nutrien rendah seperti kentang goreng, coklat dan gula-gula, boleh mengganggu selera anak-anak untuk makan sajian yang sihat apabila tiba waktu makan.




3. Gaya hidup santai dan kurang aktiviti fizikal


Dua daripada lima murid sekolah rendah tidak aktif. Semakin ramai kanak-kanak menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti santai seperti menonton televisyen, membaca, dan leka dengan permainan komputer/elektronik. Tiada perbezaan besar antara kanak-kanak bandar dan luar bandar.





Sumber : Kementerian kesihatan malaysia dan http://sitinorainijohari.wordpress.com

1 comment:

  1. Info yang sangat berguna untuk ibu bapa muda seperti kami..

    ReplyDelete