Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Sunday, 27 January 2013

Laksa Kuah Lemak

Salam dan selamat pagi....hari ni nak cerita pasal laksa kuah lemak yang first time akak buat...kalau sebelum ni akak selalu buat kuah laksa cam asam pedas tu...kali ni nak mencuba buat kuah lemak pula sebab malam sebelumnya akak dan keluarga balik kampung suami...ibu saudaranya menjamu kami sekeluarga dengan laksa kuah lemak niii...along eiqah suka dengan kuah lemak ni...dan dia request suh akak buat esoknya....dan inilah hasilnya..tadaaa

Jom kita semak resepinya.....

LAKSA KUAH LEMAK

Bahan-bahannya :
1kg ikan kembung/ikan selayang - direbus dan ambil isinya sahaja
3 labu bawang besar*
10 tangkai cili kering*
2 sudu makan rempah kari
2 inci lengkuas*
2 batang serai*
1 inci belacan - dibakar*
20g Asam keping
1 mangkuk santan
1 ikat daun kesom
1 batang bunga kantan
Garam dan serbuk perasa
Sedikit air
sedikit minyak untuk menumis - akak guna dalam 3sb ja
(Blender semua bahan yang bertanda *)

1 paket laksa - direndam 2 jam dan direbus



Bahan-bahan lain :
1 ikat daun selom/pucuk putat/daun salad
1 biji timun
1 labu bawang besar 
Cabai melaka 
5 biji telor di rebus

Cara menyediakannya :

Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan serbuk kari serta bahan yang dikisar tadi....tumis sehingga masak dan berbau wangi.
Masukkan isi ikan dan sedikit air . Letakkan asam keping, garam, daun kesom dan bunga kantan.Kalau suka boleh masukkan sedikit serbuk perasa.
Masak kuah sehingga mendidih dan last sekali baru masukkan santan. 
Masak menggunakan api sederhana sambil dikacau selalu.
Rasakan kuahnya...bila dah cukup rasa...tutup api dan sedia dihidangkan dengan laksa dan bahan-bahan hiasan.










No comments:

Post a Comment