Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Wednesday, 30 January 2013

Paprik Ayam versi My Lovely Home

Al kisah...
Lepas balik kerja petang kemarin terus p amik Along Eiqah kat Perlis....pastu singgah sekejap kat pasar malam Bukit Kayu Hitam...lama tak p pasar malam kat situ sejak akak berpindah ke Sintok...boleh dibilang dengan jari berapa kali pergi....apa yang best kat situ...akak suka makan bihun sup kat pasar malam tu...sedapppp (selera tekak akak ler) tp kemarin x makan pon sebab memang dari awal lagi akak dah bertekad untuk masak buat keluarga pada malam tu...ringkas2 pun tak per asal masak dan makan d umah.....asyik makan kat luar dan beli lauk jaaaa....jemu juga...sesekali kenalah merajinkan diri...kata orang masakan hasil dari air tangan seorang isteri dan ibu ni dapat memikat dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dalam sesebuah keluarga.....ada yang setuju tak dengan kenyataan ini?????? kalau ada sila angkat kaki dan tangan...hehehehe. Kat pasar malam tu...selain sate dan kuih untuk Adik Eirah dan Along Eiqah...akak beli  ikan, ayam dan sedikit sayur-sayuran (kat sini sayur2nya murah sangat..segar-segar pula tu)...tu yang buat akak suka membeli di pasar malam sini....masa berlalu begitu pantas sedar-sedar dekat maghrib gak la baru kami sampai umah.


Selepas selesai mandi dan solat maghrib....akak pun mula la menjalankan tugas akak di dapur...bertukang bukan bersilat pun bukan....hahahaha.....memula tu akak ingat nak masak nasi tomato dan ayam masak merah , tapi malas la pulak ...last-last masak nasi putih dan buat paprik ayam jaa....tu pun en somi dan anak-anak siap bertambah lagiii...ni yang buat akak tambah bersemangat untuk masak niii....he3.

PAPRIK AYAM 

Bahan-bahan :
500g ayam (dipotong dan dibersihkan)
6 ulas bawang merah - di kisar
3 ulas bawang putih - di kisar
7 tangkai cili padi - di ketuk
2 sudu besar cili kering yang dikisar
4 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu kicap manis
sedikit garam dan serbuk perasa

Bahan-bahan lain :

2 batang serai
3 helai daun limau purut
1 labu bawang besar
100 g bunga kobis
50g kacang panjang/buncis
1 btg karot
sedikit air asam jawa

Cara menyediakannya :

- Blend 6 ulas bawang merah n 3 ulas bawang putih.
- Tumis bahan2 yang dikisar bersama sos tiram , sos cili , kicap manis dan letak
   sket serbuk perasa dan garam untuk memastikan paprik anda sedap. Pastu kacau2..
- Masukkan ayam dan kacau biar sebati dengan kuah tadi
- Masukkan 2 btg serai dan cili padi yg ditumbuk .
- Lepas tu, masukkan daun limau purut yang dihiris serta air asam jawa ... biar
  diatas api sehingga ayam masak.
- Last sekali masukkan hirisan 1 labu bawang besar n sayur2 lain .

Jeng2...dah siapp! Tunggu apa lagi...senduklah nasi putih panas-panas....kita makan sama-sama....huhuhu












3 comments:

  1. Salam..emmmmm sedap plak paprik ayam ni...antara resipi yang sesuai dimasak kala nak cepat...

    ReplyDelete
  2. Betullll tu sue.....antara pilihan masakan yang cepat...hehehe

    ReplyDelete