Salam pagi selasa....moga semuanya sihat-sihat dan ceria selalu hendaknya..minta maaf hari ni tak ada menu special ataupun resepi yang boleh akak hidangkan buat tetamu My Lovely Home...sekadar ingin kongsikan sedikit petua yang akak rasa amat baik untuk kita semua amalkan dan ambil iktibar dari kisah Rasulullah SAW ini....moga Allah SWT memberkati hidup kita semua di dunia yang sementara ini....amin.
Petua Menyayangi Suami Dengan Sepenuh Hati
Rasulullah s.a.w. menyayangi Khadijah r.a. dengan sepenuh hati kerana isterinya merupakan satu nikmat Allah terbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda amat menyayanginya kerana:
• Khadijah tinggal bersama Baginda selama suku abad dan mereka sama-sama merasai saat-saat suka duka.
• Dia membantu Baginda ketika suasana yang getir dan sukar.
• Dia sama-sama membantu Baginda menyebarkan risalah Allah.
• Dia menyertai Baginda dalam jihad menegak agama Allah.
• Dia mengorbankan kepentingan diri dan harta bendanya.
• Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Dia, Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku, dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakanku, dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku.” (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 6/118)
Good sharing...
ReplyDelete