Nama saintifiknya Vigna sesquipedalis L.
Kacang panjang adalah pokok renek dan dipercayai berasal dari Filipina sebelum di bawa masuk ke selatan Thailand.
Ia kemudian dibawa masuk ke negara ini melalui kawasan utara negeri Kedah dan berkembang ke beberapa negeri.
Kacang panjang dimakan segar sebagai ulam, dimasak tumis, sayur campur, bahan ramuan nasi goreng dan sebagainya.
Kacang panjang
Kacang panjang mempunyai komposisi nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, serabut, kalsium, zat besi, kalium, natrium, karotina beta, vitamin B1, B2 dan C,
Batang pokok kacang panjang adalah jenis memanjat dengan cara melilit pada penyokong dan boleh mencapai sehingga empat meter.
Pokok ini mempunyai akar tunjang dan daripadanya berkembang akar lateral yang meluas manakala daunnya berjenis majmuk.
Bunga berwarna putih kuning atau ungu, berukuran 2 hingga 2.5sm dan terdapat dalam kelompok 3 hingga 6 kuntum setiap tangkai bunga.
Lengai berukuran antara 20 hingga 70sm dan purata garis pusat 1.2sm. Warnanya berbeza dari hijau muda hingga merah hati mengikut varieti.
Pokok kacang boleh ditanam pada persekitaran suhu 20 hingga 30 darjah Celsius dengan taburan hujan 138 hingga 168 milimeter (mm) setiap bulan.
Pelbagai jenis tanah sesuai ditanam termasuk tanah gambut, beris dan tanah bekas lombong dengan keasidan tanah (pH) 5.5 hingga 6.8.
Penyediaan kawasan iaitu kawasan dibajak dan digembur manakala batas dibentuk selebar 1.2 meter dan tinggi 20 hingga 30sm.
Pengapuran dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum menanam ketika pembajakan pada kadar 3 hingga 7.5 tan per hektar bagi tanah gambut, 1 hingga 3 tan per hektar (tanah beris) dan 3 hingga 5 tan per hektar bagi tanah mineral.
Penyediaan anak benih dengan jenis bahan tanaman melalui biji benih.
Keperluan biji benih adalah 1.5 kilogram dan rawatan biji benih menggunakan racun thiram pada kadar 3 gram /1000 gram benih.
Cara penanaman adalah biji benih digaulkan dengan pasir halus atau tanah peroi dan taburkan sama rata ke dalam jalur-jalur pada batas
Penjarangan dilakukan 10 hari selepas bercambah dan jarak tanaman 20sm antara baris dan 10sm antara pokok.
Jenis serangga perosak dan penyakit seperti ulat pengorek buah, pemakan buah kacang, lalat kacang, kutu daun, antraknos, bintik daun, karat, lecuh anak benih, mozek daun dan reput pangkal
Masa kutipan hasil antara 35 hingga 45 hari selepas menanam.
Kacang panjang mengeluarkan hasil antara 15,000 hingga 25,000 kilogram per hektar.
Tempoh kutipan hasil antara 30 hingga 40 hari.
Hasil dituai selepas lima atau enam minggu penanaman dan penuaian berterusan hingga tiga atau empat minggu dengan jangka hayat antara lapan hingga 10 minggu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/17 Harian Metro
No comments:
Post a Comment