Salam dan selamat pagi....projek minggu lepas tapi baru boleh post kat N3.... kek ni begitu moist dan besttttt....mola2 en somi wat x layan ngan kek ni...tapi bila tengok anak-anak berebut sorang sepotong, dia cuba rasa...wahhhh emmmmmpppp sedappp katanya...alhamdulillah....jom kita semak resepinya....
KEK KAROT
Bahan
250 g butter
150 g gula halus
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 g carrot [parut dan celur - toskan kering]
100g prune/walnut/kismis - cincang (akak x masukkan pun...stok x ada kat umah)
230 g tepung gandum/tepung kek ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k serbuk kulit kayu manis ]
Cara.
1. Panaskan acuan
2. Butter dan gula dipukul sehinga gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
4. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
5. Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan bersama baking powder dan serbuk kayu manis.
6. Masukkan carrot/walnut/kismis/prune
7. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yg dilapikkan kertas
8. Kukus/bakar adunan selama lebih kurang 50 minit/ sehingga masak
9. Bila telah masak, sejukkan dan sapukan cream keju.
Cream Keju
250 g cream keju
50 g gula halus
50 g fresh cream
1 cawan yogurt perisa buahan
Cara.
1. Pukul semua bahan sehingga gebu dan sapukan pada kek karot yg telah sejuk dan bolehlah ngap...hehehehe :)
No comments:
Post a Comment