Salam dan selamat petang semua....semoga semua sahabat2 berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya...dan sudah tak sampai dua minggu je lagi kita bakal menyambut bulan yang mulia...ramadhan al-mubarak....posa tahun lepas sudah di ganti ka belum??????? harap-harap sumenya sudah menggantinya yek...pada yang belum tu...cepat-cepat ganti ye...
Petang ni suka akak nak bercerita tentang Laksa Kedah atau laksa Utara ni...memang sedap bagi sesiapa yang menggemari laksa ni....memang dah lama akak berhajat dan teringin nak makan laksa ni...( cam mengidam la pulak.....hehehehe)..tapi tak sempat nak buat dan ada-aja saja aral yang datang....kalu nak beli tu rasa cam tak best/ tak cukup jerk...hati akak puas kalu leh makan masakan di umah sendiri ni...sebabnya akak ni bila makan laksa....suka berulang-ulang....laksa ni memang makanan feberet akak dari dulu2 g....dah 2-3 hari hajat hati nak buat laksa ni tapi asyik tertunda jer....hari ni balik keja terlebih rajin dan en somi pula menawarkan diri nak tolong...bagai pucuk di cita ulam mendatang kata orang...apalagi projek laksa kitaorang pun berjalanlah dengan selancarnya hehehehe.....thanks buat en somi yang sudi menolong....anak-anak pon tolong jugeee...hehehe tolong makan!!!!!!!!!!!!!
Kali ni akak buat laksa kuah asam pedas....kadang-kadang buat juge kuah lemak..tapi akak n keluarga lebih suka pada kuah asam pedas berbanding kuah lemak....jom kita jenguk resepinya....
LAKSA KEDAH
1 bungkus laksa (di rebus hingga lembut dan di sejat)
Bahan kuah :
600g ikan kembung/ikan sardin
2 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3-4 keping asam gelugur
1/2 inci belacan (Kalau suka tp akak tak masukkan pon)
1 liter air
1 batang bunga kantan
Sedikit daun kesom
10 tangkai cili kering
Bahan hiasan :
1 ikat pucuk putat/ daun selom *
5-6 tangkai cili padi *
2 biji asam limau
1 labu bawang besar *
1 biji timun *
5 biji telor (direbus)
* Semuanya diracik/ dipotong halus
Penyediaannya:
Ikan direbus dengan sedikit garam dan air. Asingkan isi dan tulangnya dan di kisar halus.
Cili kering, bawang, belacan di kisar halus. Campurkan bersama air dan isi ikan yang telah di kisar tadi ke dalam sebuah periuk. Masak diatas api sederhana sehingga mendidih. Masukkan garam, serbuk perasa, asam keping, daun kesom dan bunga kantan ke dalam kuah tadi. Biarkan mendidih sekali lagi dan rasakan masam, masin kuah tersebut ikut citarasa masing-masing. Sedia di hidang bersama laksa tadi dan bahan-bahan hiasan yang telah di potong .....Selamat menjamu selera....jommmmm
No comments:
Post a Comment