Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Thursday, 15 December 2011

~ Kuih Tradisional - Bunga Pudak ~

Selamat petang sume...apa kabar??? dah lama blog akak ni bersepah dan tak berkemas....maklumlah tiada apa yang boleh akak kongsi bersama teman2...lagi pula tuntutan tugas seharian yang begitu padat dan memerlukan perhatian yang lebih dari akak....apapon petang ni....mahu akak kongsikan satu resepi yang begitu sinonim ngan orang utara...."Kuih Bunga Pudak". Kebanyakan anak2 muda sekarang sudah melupai dan tidak lagi kenal ngan kuih tardisional ini....sekarang payah atau jarang sangat kita menjumpai kuih ni di rumah-rumah kenduri mahupun majlis keramaian....ianya seakan dilupai oleh genarasi sekarang.
Oleh yang demikian, akak suka untuk berkongsi resepi kuih ini untuk tatapan semua....akak terjumpa resepi kuih ni kat blog makngahpora ..terima kasih & mohon share di sini untuk rujukan di masa hadapan ya makngah....

KUIH BUNGA PUDAK

Bahan-bahan :

Intinya:

1 biji kelapa parut yg putih
1 cawan gula pasir
sedikit garam
sedikit perasa ros
pewarna merah/kuning/hijau

Bahan utk kulitnya :

1 bungkus tepung pulut
1 cawan air
1 camca garam halus

 Cara membuatnya:

1. Campurkan semua bahan utk inti dan goreng dengan api sederhana.
Kacau sehinga kering.
2. Gaulkan semua bahan untuk kulit dan biarkan 1/2 jam.
3. Sediakan kuali dgn api sederhana panas.Ambil secamca adunan tepung
masukkan ke dalam penapis kopi dan ayak tepung tersebut ke dalam
kuali.Ayak merata tepung dlm bentuk bulat.
4. Masukkan inti di tengahnya dan kemudian lipat menjadi empat segi.
5. Biakan seketika,kemudian diangkat .Ulangi membuatnya sehingga habis.
6. Sesuai dimakan utk minuman petang dan kuih ini boleh disimpan dlam bekas
kedap udara dan tahan lama.


ok...selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment