Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Tuesday, 17 July 2012

Sambal Udang &Petai

Sekarang ni musim buah-buahan kat kampung....jadi minggu lepas masa balik kampung bapa akak ada petik buah petai dari dusunnya untuk akak bawa balik ke Sintok....sedappp petai ni...masih segar bugar lagi..maklumlah baru dipetik kan???? Petai juga enak di buat ulam, sambal tumis, masak lemak cili api dan lain-lain. Bagi akak...akak sangat suka buat sambal tumis petai samada ngan udang, kerang ataupun ikan bilis...

SAMBAL TUMIS PETAI
Bahan-Bahan :

1 mangkuk petai – dibuang kulit
1 mangkuk udang sederhana besar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
15-20 cili kering
1 sb asam jawa paste
sikit belacan
2 1/2 sb gula
garam secukup rasa
air


Cara membuatnya :

Celur sekejap cili kering untuk lembutkannya. Blender sekali cili kering bersama bawang besar, putih dan belacan. Tumis bahan kisar dengan minyak yang agak banyak sesuai untuk menumis bahan tersebut. Gunakan api kecik untuk menumis. Sebelum pecah minyak boleh masukkan udang, asam jawa paste, gula dan garam. Tumis lagi sampai betul2 garing n bau yang wangi. Kemudian masukkan petai kacau sebati bersama sambal dan masukkan sedikit air. Masak lagi hingga petai agak masak (akak suka petai tu ½ masak sahaja) atau sehingga kuahnya sedikit pekat. Sedia untuk dihidangkan.




Selamat Mencuba....


No comments:

Post a Comment