Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Thursday, 13 November 2014

Kuih Lompang in da house

Salam semua....moga sihat-sihat dan ceria selalu. Resepi lompang ni akak dapat dari seorang teman yang sememangnya pandai membuat kuih muih. Jom kita semak resepinya....



KUIH LOMPANG

Bahan A :
1 cawan gula merah
1 camca besar gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan
(Semua bahan diatas dimasak hingga gula hancur)

Bahan B :
2 3/4 cawan tepung beras
3 cawan air
(Gaul sebati bahan B)

Cara menyediakannya :

1.  Tapis Bahan A dalam Bahan B ketika masih suam. Kacau.
2.  Tapis dalam bekas lain.
3.  Panaskan acuan. Kukus 10 minit (jangan lebih).

Akak tak masukkan air kapur. Kalau nak masukkan pun tak apa, tidak menjadi kesalahan.










No comments:

Post a Comment