Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Tuesday, 10 January 2012

~ Kari Sotong & Timun ~


Nak masak apa hari ni ek???? selalunya ayat inilah yang sentiasa berlegar dan bermain-main di minda akak tiap hari..menu apakah nak masak untuk encik somi n anak2 nih....petang kemarin lps plg kerja akak dan en somi singgah kedai dekat umah...tgk ada sotong segar-segar lagiksss...apalagi akak pun kaup la dalam10 ekor camtu sebab sotong ni agak besar gak....lps balik umah terpikir pulak nak masak apa ngan sotong tu....selalunya asyik buat sambal tumis ja...request dari adik Irah suh wat kari...haaa..best juga makan kari sotong. Kari sotong ni akak campurkan ngan sedikit timun untuk bahan sampingannya.... Jom kita kongsi resepi kari sotong yang best ni....

KARI SOTONG

Bahan-bahan :

½ kilo sotong (dibersihkan)
1 bungkus rempah kari ikan
1 labu bawang besar 
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil rempah campuran untuk menumis
½ cawan santan pekat
½ cawan air asam jawa
Sedikit daun kari
Sedikit minyak untuk menumis
1 batang timun (sederhana besar) – tidak masukkan pun tak apa


Cara Masak:

Bawang di mayang halus dan tumis hingga garing.
Masukkan rempah campuran dan daun kari. Goreng seketika.
Masukkan rempah kari ikan yang telah di bancuh dengan ½ cawan air.
Masak rempah hingga kering dan pecah minyak serta berbau wangi.
Kemudian masukkan santan dan timun yang telah di hiris tadi.
Tunggu sehingga mendidih dan timun setengah empuk baru masukkan garam dan air asam jawa.
Bila kuah sudah mendidih…baru masukkan sotong dan masak lebih kurang 10 minit ( jangan terlalu lama kerana jika terlebih masak sotong akan menjadi liat)
Bila mendidih terus padamkan api dan kari sotong sedia untuk di hidangkan.

SELAMAT MENJAMU SELERA














No comments:

Post a Comment