Showing posts with label Aneka Kuih. Show all posts
Showing posts with label Aneka Kuih. Show all posts
Tuesday, 3 November 2015
Wednesday, 30 September 2015
Kuih Cara Manis
Assalamualaikum dan salam sejahtera....lama tak bersiaran disini sebab sebelum ni blog akak bermasalah...tak tahu pasai pa....lepas godek2 dan usik2...alhamdulillah berjaya juga buka blog kesayangan akak ni....
Kali ni akak saja nak share resepi kuih cara manis yang akak buat bulan lepas....tapi x sempat nak amik pic...jadi akak guna jer pic lama...boleh gitu..hihihi. Resepi kawan-kawan boleh semak di SINI atau pun amik kat bawah ye....
KUIH CARA MANIS
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
sedikit air daun pandan/pewarna hijau
secubit garam & gula secukupnya
Cara membuat:
~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.
~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.
~ Kemudian campurkan dengan tepung gandum, telur & garam. Tapis utk memastikan adunan tidak berketul.
~ Bila adunan siap masukkan kedalam acuan yang telah dipanaskan, perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Bila separuh masak , isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.
Sunday, 31 May 2015
Bingka Jagung
BINGKA JAGUNG
Bahan-bahan :
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad (Akak tambah jadi 3/4 cawan)
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
3 s/b butter/majerin cair
2 sudu makan pes jagung (Akak tambah)
Cara penyediaannya :
1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
4. Sejukkan dan potong untuk hidangan minum petang.
Cara penyediaannya :
1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
4. Sejukkan dan potong untuk hidangan minum petang.
Wednesday, 7 January 2015
Apam Susu Warna Warni
APAM SUSU WARNA WARNI
BAHAN-BAHAN :
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
4 BIJI TELUR
1 SUDU BESAR OVELLATE
4 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS
1 CAWAN GULA CASTOR
1 SUDU TEH ESEN VANILA
1 SUDU TEH SODA BIKARBONAT
PEWARNA YANG DISUKAI
CARA-CARA :
MIXER TELUR,GULA,SUSU, ESEN VANILA, SODA BIKARBONAT DAN OVELLATE SEHINGGA PUTIH,GEBU DAN KEMBANG,MASUKKAN TEPUNG YG TELAH DIAYAK SECARA KAUP BALIK DGN SPATULA.BAHAGI ADUNAN KEPADA 3,,WARNAKAN,,ISI KE DALAM LOYANG YG TELAH DISAPU DGN MINYAK SECARA BERSELANG SELI ATAU MENGIKUT KREATIVITI MASING-MASING,KUKUS DGN API YG SEDERHANA SELAMA 30 MINIT-SEHINGGA MASAK...
SELAMAT MENCUBA......
Monday, 8 December 2014
Apam Susu
APAM SUSU
Sumber : http://bahuluberintinaz.blogspot.com
BAHAN-BAHAN :
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
4 BIJI TELUR
1 SUDU BESAR OVELLATE
4 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS
1 CAWAN GULA CASTOR
1 SUDU TEH ESEN VANILA
1 SUDU TEH SODA BIKARBONAT
CARA-CARA :
1 SUDU TEH SODA BIKARBONAT
CARA-CARA :
MIXER TELUR,GULA,SUSU, ESEN VANILA, SODA BIKARBONAT DAN OVELLATE SEHINGGA PUTIH,GEBU DAN KEMBANG,MASUKKAN TEPUNG YG TELAH DIAYAK SECARA KAUP BALIK DGN SPATULA.BAHAGI ADUNAN KEPADA 3,,WARNAKAN,,ISI DALAM LOYANG YG TELAH DISAPU DGN MINYAK,,KUKUS DGN API YG SEDERHANA SELAMA 30 MINIT-SEHINGGA MASAK...
Thursday, 13 November 2014
Kuih Lompang in da house
Salam semua....moga sihat-sihat dan ceria selalu. Resepi lompang ni akak dapat dari seorang teman yang sememangnya pandai membuat kuih muih. Jom kita semak resepinya....
KUIH LOMPANG
Bahan A :
1 cawan gula merah
1 camca besar gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan
(Semua bahan diatas dimasak hingga gula hancur)
Bahan B :
2 3/4 cawan tepung beras
3 cawan air
(Gaul sebati bahan B)
Cara menyediakannya :
1. Tapis Bahan A dalam Bahan B ketika masih suam. Kacau.
2. Tapis dalam bekas lain.
3. Panaskan acuan. Kukus 10 minit (jangan lebih).
Akak tak masukkan air kapur. Kalau nak masukkan pun tak apa, tidak menjadi kesalahan.
Monday, 3 November 2014
Cheesekut
CHEESECAKE BISKUT @ CHEESEKUT
Bahan-Bahan
Cream Cheese (250g)
1/2 tin susu pekat manis
Nestum untuk hiasan
Biskut Hup Seng (Deluxe Cracker)
Susu segar (Dutch Lady full cream pun ok)
Cara-cara penyediaan
1. Pukul cream cheese sampai kembang. Akak guna cream cheese jenis Tatura.
2. Masukkan 1/2 tin susu pekat manis. Akak kurangkan sebab tak nak manis.
3. Gaul sehingga sebati.
4. Ambil biskut. Celup dalam susu segar. Celup jangan sampai lembik tau!.
5. Susun biskut tadi dalam loyang.
6. Calitkan adunan cream cheese tadi. Jangan terlalu tebal.
7. Tabur nestum
8. Ulang step 4-7.. Akak buat dalam 5 lapisan
9. Untuk topping atas sekali, make sure cream cheese atas lebih tebal dari yang bawah.
10. Taburkan nestum. Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan semalaman.
11. Esok pagi keluarkan, dan potong mengikut saiz yang dikehendaki.
12. Makan sampai kenyang!..hihi
Wednesday, 17 September 2014
Donat Kentang lagiiii
Salam Rabu...semoga semuanya sihat dan ceria-ceria sentiasa, musim cuti sekolah ni banyak kenduri kahwin dan juga aktiviti-aktiviti yang boleh kita jalankan. Memandangkan anak-anak ada kat umah, akak buat kuih donut frozen untuk anak-anak, senang bila nak makan jer...boleh keluarkan dari fridge terus goreng jaaa
Resepi donut ni memang sedap sebab ianya lembut dan gebu walaupun telah lama di goreng. Jom kita semak resepinya :
Donut Kentang
Bahan-bahanya :
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnya, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..
Thursday, 7 August 2014
Kuih Lapis Keladi
RESEPI KUIH LAPIS KELADI
Bahan A:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan
½ sudu kecil garam
Bahan B
½ cawan air (Akak letak santan)
Bahan C
1/2 cawan keladi yg direbus dan di lecek halus
1/2 cawan air
1 sudu kecil pes keladi
Pewarna purple
Cara membuatnya :
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan bahan B dalam 1 bahagian.
4. Masukkan bahan C dalam 2 bahagian.
5. Panaskan kukusan dan lapikkan pelastik dalam loyang 8 x 8”.
6. Masukkan 1 cawan adunan bahan B dan kukus selama 5 minit.
7. Lapiskan 1 cawan adunan bahan C dan kukus semula 5 minit lg
8. Ulangi lah proses ini, berselang seli sehingga adunan habis, utk lapisan terakhir kukus selama 10 – 15 minit
9. Sejukkan selama 4 - 5 jam dan potong untuk dihidangkan
Tuesday, 5 August 2014
Puff Sardin @ My Home Sweet Home
Walaupun rupa tak cantik...tapi keenakan rasanya memikat hati kami sekeluarga....
PUFF SARDIN
BAHAN A
Beberapa keping Puff Pastry
BAHAN B
2 ekor Ikan Sardin Tin (dilenyek sederhana hancur)
1 biji bawang besar (dibelah 8 dan dihiris nipis)
10 biji cili padi kampong (dihiris nipis)
1 biji limau Kasturi
sedikit garam
Cara-Cara Membalut :-
1. Ambil sekeping puff pastry dan alas pastry dengan plastik yang tersedia.
2. Potong pastry kepada 2 bahagian. Pastikan satu bahagian sedikit besar yang akan dijadikan pembalut dibahagian atas.
3. Kelar-kelar bahagian yang besar tadi.
4. Pada satu bahagian lagi, sudukan inti sardin keatas nya dan tutup dengan kepingan yang berkelar tersebut.
5. Kemaskan tepinya dan tekan dengan garfu, pastikan ditekan kuat sedikit. Alih ke dalam dulang pembakar yang di sapu dengan sedikit minyak sayur.
6 Sapu atas puff dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 25 minit atau sehingga keperang-perangan.
Tuesday, 4 March 2014
Pulut Serimuka
Kejadian kuih ni lepas solat maghrib semalam....dah lama nak buat tapi asyik bertangguh saja...lama tak lama sudah setahun akak tak buat kuih ni....kalu nak makan beli jer kat kedai...tak tau camna terlebih rajin la pulak maka terjadilah kuih yang tak seberapa ni....tapi maaf la tak sempat nak edit gambar kuih tu jadi akak guna jer gambar n3 yang lepas...boleh gituuuu???? apapun resepinya tetap sama..... :)
PULUT SERIMUKA
Bahan-bahan : (Lapisan bawah)
2 cawan beras pulut
21/2 cawan santan cair dicampur dengan sedikit garam
Cara penyediaan :
- Basuh pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum di masak.
- Kukuskan sehingga masak - akak lapik loyang dengan plastik supaya senang nak keluarkan nanti.
- Setelah pulut masak, tekankan pulut tadi supaya mampat dan cantik.
- kukus semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan atas :
2 cawan santan pekat
1/2 cawan jus pandan (di campur sedikit dengan pewarna hijau)
1/2 cawan gula
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jawi/kastad
2 biji telur
sedikit garam
Cara penyediaan :
- Masukkan semua bahan ke dalam blender dan di kisar sebati.
- Masak sekejap di atas api hingga adunan sedikit pekat.
- Tuang perlahan-lahan ke atas pulut yang di kukus tadi.
- Kukuskan lagi lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan dahulu baru boleh di potong serta di hidang.
Tuesday, 4 February 2014
Roti Arab cubaan pertama
Sedap roti arab ni tau. Garing kat luar, lembut di dlm. Dah sejuk pun tetap garing. Nak cuba resepi?? Jom!!..
Roti Arab
Bahan-bahan : hidangan utk 4-5 orang
250 g tepung gandum
2 sk yis mauripan
1 sb susu tepung (jika guna susu segar tak perlu guna susu tepung)
1 sb marjerin/mentega
1 sb gula
160ml -170 ml air suam (boleh campurkan dgn susu segar)
1/2 sk garam halus
Cara-cara :
Satukan yis bersama air suam dan gula. Bancuhkan hingga gula larut. Kemudian biarkan sebentar sehingga yis berbuih.
Di dalam bekas yg agak besar, ayakkan tepung. Satukan dgn garam, susu tepung dan marjerin/mentega. Gaul2kan rata2. Buatkan lubang di tengah2nya, kemudian tuangkan yis tadi. Kacau dan uli hingga menjadi doh yg licin.
Setelah itu, simpankan doh di dlm bekas yg agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Biarkan ia naik selama 1 jam.
Sementara itu, bolehlah buat kari sardin, kari ikan, kari ayam dsbnya....hehe.
Keluarkan doh, uli sekali lagi dan bahagikan kpd beberapa bahagian .Bulat2kan doh dan leperkan/canaikan. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal.
Panaskan minyak secukupnya utk menggoreng. Setelah minyak cukup panas, goreng doh tadi satu persatu. Siram2kan roti agar ia naik kembang. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
Bolehlah dihidangkan bersama kari sardin atau lauk apa2 jelah...selamat mencuba!
250 g tepung gandum
2 sk yis mauripan
1 sb susu tepung (jika guna susu segar tak perlu guna susu tepung)
1 sb marjerin/mentega
1 sb gula
160ml -170 ml air suam (boleh campurkan dgn susu segar)
1/2 sk garam halus
Cara-cara :
Satukan yis bersama air suam dan gula. Bancuhkan hingga gula larut. Kemudian biarkan sebentar sehingga yis berbuih.
Di dalam bekas yg agak besar, ayakkan tepung. Satukan dgn garam, susu tepung dan marjerin/mentega. Gaul2kan rata2. Buatkan lubang di tengah2nya, kemudian tuangkan yis tadi. Kacau dan uli hingga menjadi doh yg licin.
Setelah itu, simpankan doh di dlm bekas yg agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Biarkan ia naik selama 1 jam.
Sementara itu, bolehlah buat kari sardin, kari ikan, kari ayam dsbnya....hehe.
Keluarkan doh, uli sekali lagi dan bahagikan kpd beberapa bahagian .Bulat2kan doh dan leperkan/canaikan. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal.
Panaskan minyak secukupnya utk menggoreng. Setelah minyak cukup panas, goreng doh tadi satu persatu. Siram2kan roti agar ia naik kembang. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
Bolehlah dihidangkan bersama kari sardin atau lauk apa2 jelah...selamat mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
Aneka Bubur
(3)
Aneka kek
(18)
Aneka Kuih
(30)
Aneka Lauk
(22)
Aneka Masakan
(27)
Aneka Mee
(9)
Aneka Minuman
(1)
Aneka Nasi
(2)
Aneka Puding
(10)
Aneka Pulut
(3)
Aneka Roti
(1)
Asam pedas
(1)
Award
(1)
Besday
(1)
Doa dan Ayat Pilihan
(1)
Family
(27)
ilmu
(7)
Info
(7)
info dan kesihatan
(7)
Kari Sotong
(1)
kek karamel
(2)
Kentang Putar
(1)
kuih muih
(17)
Kuih Tradisional
(3)
Macam-macam
(8)
Pencuci mulut
(12)
Petua
(5)
Petua dan Kesihatan
(9)
Puding Roti
(1)
Sambal tumis petai
(1)




































