Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, 8 July 2013

Salam Ramadhan

Biar pantun berbicara.......


PANTUN RAMADAN

Sungguh indah di malam hari, 
Cahaya bintang bergemerlapan;
Madrasah Ramadan tiba lagi,
Bulan yang penuh dengan keberkatan.

Segak jejaka berkeris bertanjak,
Sopan jelita menyusun langkah;
Kembali bertandang ramadhan almubarak,
Bulan mulia penuh barakah.


Mekar kemboja harum setaman,
Menaroh debar dihati teruna;
Bersama kita munafaatkan ramadhan,
Tarbiah diri agar lebih sempurna.


Tradisi badwi berpindah randah,
Bermukim pasti di tanah lembah;
Jadikan ramadhan bulan ibadah,
Gandakan solat banyakan sedekah.


Terhidang sudah santapan diraja,,
Bersulam emas kain seperah,
Talam tembaga bertatah berlian;
Kasih Allah kepada hambanya,
Lalu dikurniakan bulan marfirah,
Segeralah bersujud bermohon keampunan.


Masak memerah buah rambutan,
Nun di sana pisang sesisir;
Ramadhan melahirkan rasa keinsafan,
Mari elakkan tabiat membazir.


Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak untuk semua umat Islam tidak kira di mana-mana jua anda berada. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita.













Monday, 21 January 2013

Salam Maulidur Rasul




Assalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Setinggi kesyukuran penuh kepujian kepada Allah SWT, dengan nikmat dan izin-Nya jua, dapat kita meraikan sambutan Maulidur Rasul pada tanggal 12 Rabiulawal 1434 Hijrah ini bersamaan 24 Januari 2013 Masehi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW jua ke atas keluarga dan para sahabat Baginda, seterusnya ke atas sekalian Tabiin dan ulama sepanjang zaman.

Sesungguhnya, baginda Rasulullah SAW telah berjaya membawa transformasi murni kepada umat sejagat. Terbukti apabila kegelapan jahiliah telah sirna bila berhadapan dengan sinar risalah nubuwah. Transformasi insani ini lahir daripada kasih sayang dan keperihatinan baginda terhadap kesejahteraan umat sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran, surah at-Taubah ayat ke-128 yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”

Menjejaki sirah gemilang ini, kita dapat menyaksikan bagaimana melalui dakwah imaniah yang dibawa, akhirnya memunculkan satu tamadun yang sangat hebat kepada ummah. Maka bertepatan sekali dengan tema peringkat Kebangsaan “WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH” yang dipilih untuk tahun ini 2013 dalam usaha kita menjayakan agenda transformasi negara.


Sempena Maulidur Rasul kali ini, saya dan keluarga berdoa agar Allah SWT memberikan kepada kita semua limpahan taufik dan hidayah-Nya untuk kita memperteguhkan tekad dalam melaksanakan pembangunan negara. Ya Allah, abadilah rahmat dan nikmatMu di bumi bertuah ini; serta sempurnakanlah iltizam kami bagi memperjuangkan agenda ummah dengan segala kesyumulannya serta penuh hikmah. Kepada Mu-lah jua kami memohon kekuatan dan inayah. Amin.


Sekian. 





Wednesday, 9 January 2013

Cuti & Hari Kelepasan Am Kedah



BIL
HARI KELEPASAN AM
HARI
TARIKH
MASIHI
HIJRAH
1
Hari Keputeraan Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah Darulaman*
AHAD
20 Januari 2013
8 Rabiulawal 1434
2
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul)
KHAMIS
24 Januari 2013
12 Rabiulawal 1434
3
Tahun Baru Cina
AHAD & ISNIN
10 Februari 2013 & 11 Februari 2013
29 Rabiulawal 1434 & 30 Rabiulawal 1434
 4
Hari Pekerja
RABU
1 Mei 2013
20 Jamadilakhir 1434
5
Hari Wesak
 JUMAAT
24 Mei 2013
 14 Rejab 1434
6
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong
SABTU
1 Jun 2013

22 Rejab 1434
 7
 Israk dan Mikraj*
KHAMIS
6 Jun 2013
 27 Rejab 1434
 8
Awal Ramadhan*+
RABU
 10 Julai 2013
1 Ramadhan 1434
9
 Hari Raya Aidilfitri+
KHAMIS & JUMAAT
8 Ogos 2013 & 9 Ogos 2013
 1 Syawal 1434 & 2 Syawal 1434
10
Hari Kebangsaan
SABTU
31 Ogos 2013
 24 Syawal 1434
11
Hari Malaysia
ISNIN
16 September 2013
10 Zulkaedah 1434
12
Hari Raya Aidiladha*+
SELASA & RABU
 15 Oktober 2013 & 16 Oktober 2013

 10 Zulhijjah 1434 & 11 Zulhijjah 1434

13 

Hari Deepavali 

SABTU 

2 November 2013 

28 Zulhijjah 1434 

14 

Awal Muharam 

 SELASA
5 November 2013 

1 Muharam 1435 

15

Hari Krismas

RABU

25 Disember 2013

11 Muharam 1435


* Hari Kelepasan Am Negeri
+Tertakluk kepada perubahan

i)Apabila hari kelepasan itu jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau hari kelepasan yang lain, maka hari itu diganti dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari kemudiannya itu juga merupakan hari kelepasan, maka hari berikutnya dijadikan hari kelepasan.


ii)Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari REHAT SABTU ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.






Sumber : www.polimas.edu.my







Monday, 31 December 2012

Selamat Tahun Baru 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera....apa kabar???? Semoga hari-hari terakhir dalam tahun 2012 ini bakal memberikan 1001 harapan, impian dan segala kenangan dijadikan pengalaman dan tauladan agar kita menjadi seorang yang lebih maju daripada sesiapa sahaja disekeliling kita.


Dah tertunaikah azam kita tahun 2012???? semoga 2013 datang dengan azam dan semangat yang baru buat kita semua...semoga tahun baru nanti akan menjanjikan hanya yang terbaik buat kita....Apa azam teman-teman semua untuk tahun 2013 nanti???? semoga cita-cita dan azam kita akan tercapai mengikut apa yang dikehendaki...insyaallah....bermula esok 01 Januari 2013....kita datang dengan semangat dan azam yang baru...tinggalkan yang lama dan teruskan mara ke hadapan....semoga maju dan terus maju....insyaallah...amin.







Sunday, 9 September 2012

UPSR...3 hari lagiiiiiii


Salam. Berikut adalah doa dan wirid untuk anak-anak dan para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR yang tinggal lagi 3 hari jer lagi....Berdebar rasa hari nak melalui tempoh peperiksaan ini....bukan anak yang berdebar tapi mama dia yang terlebih debar.....Anak sulung akak ...NUR HAZIQAH akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini....Semoga Along Iqah dapat menjawab dengan hati yang tenang serta di permudahkan oleh Allah SWT dalam menghadapi pertarungan di medan peperiksaan pada 11-13 September 2012 nanti.....begitu juga dengan anak-anak yang lain...semoga kejayaan sentiasa bersama dengan anak-anak semua...ibu dan bapa hanya mampu berdoa kerana setiap kejayaan adalah dari usaha gigih daripada anak-anak sendiri. Di sini di bekalkan doa & wirid yang sesuai untuk diamalkan oleh anak-anak yang akan menempuh peperiksaan...begitu juga dengan kehidupan kita seharian.....mudah-mudahan berkat usaha kita ini mendapat redha Allah SWT.....amin.... 

Semoga usaha murni dalam berkongsi /menyalurkan ilmu -ilmu ini berguna justeru dapat membantu anak-anak Islam yg lain tenang dalam mengejar ilmu serta mendapat keberkatan NYA.

DOA DAN WIRID UNTUK PELAJAR-Sempena Peperiksaan

1. SURAH AL FATIHAH – Doa pembuka kepada segala urusan 

  

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri) 

2. SURAH AL ‘ALAK (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu 

 

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri) 

3. SURAH ASY-SYARH – Untuk melapangkan dan melegakan hati 

  

4. SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati
Dibaca 11 kali dikala hendak ke kelas. 

   

(Nasihat dari Allahyarham Habib Muhammad Bin Saleem Al Atas dan
Allahyarham Syed Abdullah Assogoff) 

5. SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati 

  

“Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambaMu dan pesuruhMu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat Baginda semuanya.” 

(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat) 

6. SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati 

 doabukahati 

“Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan pesuruh yang amat tinggi.
Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya.” 

(Nasihat oleh Ustaz T.M. Fouzy Jumat) 

7. WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA
Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professional yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi (Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor) 

 doaallahredahusahakita 

Telah bersabda Rasulullah: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang tersebut) Allah tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi) 

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri) 

8. DOA MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL 

 doamudahfahamhafal 

“Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.” 

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri) 

9. DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA 

  


“Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku.” 

10. DO’A MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK 
doadapatilham 
“Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.” 

11. DOA MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN 

 doatambahilmupengetahuan 

“Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman). 

12. WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH 

 wiriddapatilmudgnhikmah 

“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah” 

13. WIRID UNTUK PELAJAR
Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata. 

 wiridtukpelajar 

“Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata” 

(Wirid ini adalah sebahagian dari wirid susunan Ahmad Asrory Al Ishaqy) 

14. DOA UNTUK MENDAPAT HIKMAH 

 wiridtukdapathikmah 

“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah”. 

(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat) 

15. DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (mental block)
Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan 

 wirid ketika gelapfikiran 

“Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku” 

Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan. 

16. WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI 

 wiridtukjadibijakpandai 

Ya Rasyidu – Dibaca sebanyak mungkin selepas solat 

“Wahai Tuhan Yang Maha Pandai” 

Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga akan berjaya. 


17. WIRID UNTUK “MELIHAT” YANG DI RAHSIAKAN 

 wiridtuklihatygdirahsiakan 
“Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui”. 

Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah ia akan bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya. Jika diamalkan selalu insya-Allah akan didorongkan untuk belajar perkara yang akan disoalkan dalam sesuatu peperiksaan. Boleh juga dibaca ketika mengalami suatu masalah dalam pelajaran atau projek. 
last doa 

Selamat Beramal 

Sunday, 12 August 2012

Salam Aidilfitri dari My Lovely Home


Salam semua....bersempena dengan ketibaan syawal yang mulia ini akak dan keluarga mengambil kesempatan disini ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada kata-kata atau perkataan yang tidak disengajakan telah menyinggung hati kawan-kawan semua....semoga Aidilfitri tahun ini disambut dengan lebih bermakna....tingkatkan amalan kita di 10 terakhir Ramadhan...semoga amalan kita semua di terima Allah SWT....amin.

Selamat berhari raya
Ucapan ku untuk semua
Kita mengeratkan semula
Hubungan saudara
Yang terpisah

Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkunjung-kunjungan
Maaf dipinta dan diberi
Semoga ikatan berkekalan abadi

( korus )
Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka
Enak menjamu selera
Jangan lupa yang tiada

Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada
Suka-duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN