Selamat Tahun Baru 2026....lama akak tak jenguk sini....anak-anak pun semua dah besar, yang sulung dah bekerja dan si bungsu kat IPTA...Alhamdulillah ya Allah
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts
Monday, 26 January 2026
Monday, 4 August 2014
Salam Aidilfitri
Salam Aidilfitri....maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga....hari ni dah raya ke 8, rasanya belum terlambat untuk akak mengucapkan salam aidilfitri buat semua kerana mood raya masih terasa....maklumlah banyak sanak saudara dan rakan taulan yang datang berkunjung hari raya tahun ini...meriah betullllll.
Tuesday, 31 December 2013
Azam Tahun Baru??????????
Gambar ehsan pak cik Google
Wah...sekejap ja masa berlalu...hari ni adalah hari yang ke 365 dalam tahun 2013....Selamat tinggal 2013 dan Selamat Datang 2014...dah tertunaikah azam kita untuk tahun 2013 sebelum kita buka buku dan azam baru untuk tahun 2014??????????
Apa azam tahun baru korang tahun 2014 nanti????????? Apa kata jom kita kongsi bersama ..
![]() |
| Gambar share dari fb |
InsyaAllah jom kita pakat-pakat amalkan.....jadilah insan yang saling ingat mengingati sesama saudara....aminnnn
Saturday, 31 August 2013
Selamat Hari Lahir buat Puteri Sulung dan Salam Merdeka
Selamat hari lahir buat anakanda Along Puteri Eiqah. Hari ini genap usia Along Eiqah 13 tahun. Cepatnya masa berlalu...Mama doakan Along sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Esa, sihat sejahtera, cergas, cerdik dan berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Mama juga sentiasa mendoakan Along agar sentiasa berjaya dalam hidup dan dipermudahkan dalam semua urusan didunia dan akhirat. Mama, abah dan adik sayang Along ketat2......muah...muah....muah.
Antara juadah ringkas yang sempat di sediakan.....
Cream Puff Chik Fieza yang lembut dan paling penting sedappppp
Mee Kuah
Cream Puff Chik Fieza yang lembut dan paling penting sedappppp
Tuesday, 29 January 2013
Majlis Bantuan Persekolahan 2013
Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 mula dibuat bermula 15 Januari 2013 diseluruh Malaysia. SMK Syed Ahmad Arau iaitu sekolah Along Eiqah telah mengadakan majlis bantuan tersebut pada pagi 23 Januari 2013 bertempat di Dewan Merdeka, SMK Syed Ahmad. Majlis tersebut berlangsung dengan meriah sekali kerana turut diserikan dengan kedatangan bekas Menteri Besar Perlis YB Dato' Seri Shahidan bin Kassim selaku perasmi majlis dan seterusnya menyampaikan bantuan tersebut kepada para ibu bapa yang hadir. Meriah sekali sambutannya....Alhamdulillah terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang sangat prihatin dengan nasib rakyat. Moga bantuan seperti ini akan terus berkekalan di tahun-tahun akan datang.
Majlis serupa turut diadakan di Sekolah Adik Eirah pada hari ini 29 Januari 2013 dan dirasmikan oleh Tuan Haji Zaini bin Japar ADUN Bukit Kayu Hitam...seramai kira-kira 20 orang waris yang datang awal di jemput naik ke pentas untuk menerima bantuan tersebut daripada Yang Berhormat ADUN dan ianya merupakan gimik pada majlis tersebut, manakala para waris yang lain boleh mengambil bantuan tersebut daripada guru kelas anak masing-masing. Alhamdulillah.......bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.
Monday, 18 June 2012
Selamat Hari Bapa
Selamat Hari Bapa (17 Jun 2012) khas buat insan yang bergelar bapa....jasa dan pengorbanan mereka memelihara kita dari kecil hingga
besar dengan penuh kasih sayang yang tidak ternilai harganya.
Kepada yang masih
mempunyai Ibubapa,jagalah mereka sebaik mungkin,balas lah jasa kedua
Ibubapa,walaupun tidak mampu membalasnya sepertimana mereka menjaga,membesarkan
kita dan memberi didikan yang sempurna.
Apa yang pasti, alangkah
bahagianya jika ada orang yang peka dengan apa yang kita suka atau tak suka.
Lebih-lebih lagi jika kepekaan itu datang dari seorang anak. Anak tahu apa
kesukaan ibu bapanya, lalu itulah yang dia buat. Dia tidak buat sesuatu yang
dia tahu ibu bapanya tak suka. Dia juga tahu apa makanan kesukaan ibu bapanya,
tempat yang ibu bapanya suka pergi dan sebagainya.
“Berikan
kasih sayang secukupnya dan buat yang terbaik kepada Ibu bapa sementara mereka
masih ada,kelak mereka sudah tiada lagi,pada saat itu pasti kita akan merasai
satu kehilangan yang besar,dan timbul perbagai penyesalan dan pada saat ini
sudah terlambat”
dan hayatilah kata-kata dibawah ini...moga kita insaf dan lebih mengerti betapa kasih sayang seorang bapa begitu bernilai dan bermakna sekali....
Monday, 21 May 2012
Sepetang di Kuala Perlis....
Jalan-jalan bawa anak ke Kuala Perlis petang Sabtu lalu..tengok matahari terbenam....asyik dan terpaku dengan kebesaran Allah SWT yang menjadikan dunia ini penuh dengan warna warni dan kecantikan yang hakiki....Pemandangan matahari terbenam begitu indah sekali petang itu kerana cuaca elok dan tidak hujan.
Along Iqah sempat berposing beberapa keping gambar kat tepi pantai Kuala Perlis ....layan jer laaa...
Adik Irah pon tidak kurang berposing sama...hehehe
Wednesday, 16 May 2012
Jasa dan budimu tetap di kenang.....
Selamat hari Guru khas buat semua yang bergelar pendidik di seluruh negara. Ucapan khas ini juga ku tujukan buat guru-guruku bermula seawal di Tabika KEMAS Pdg Nyior,SKPT,SMURU dan SMAA sempena sambutan hari guru pada tahun ini....Terima kasih yang mampu ku ucapkan atas jasa dan bimbingan kalian semua sehingga aku berjaya sampai ke tahap ini hari ini....jasa dan budi kalian amat di hargai dan disanjung tinggi sampai bila2...kerana bermula dari mengenal ABC sehinggalah aku pandai mengeja dan membaca...Alhamdulillah...Terima kasih Cikgu...
Sunday, 13 May 2012
Khas Buat Insan Yang Bergelar "Ibu"
Ucapan istimewa ini di tujukan khas buat ibuku, ibu mertuaku dan juga semua sahabat dan rakan-rakan yang bergelar ibu di seluruh dunia....sesungguhnya ibu adalah ratu di hati kita semua....
| Ibu Akak - Puan Halimah bt Dahaman |
Buat ibuku (HALIMAH BINTI DAHAMAN) ....terima kasih mak kerana melahirkanku ke dunia ini, membelai, menjaga, merawat dan memberi sepenuh kasih sayangmu kepadaku...walaupun keadaanmu susah dan perit namun dirimu tidak pernah bersungut demi membesarkan kami adik beradik...terima kasih mak atas setiap titisan air susumu yang mengalir dalam urat saraf dan tubuh badanku....sesungguhnya jasa dan pengorbananmu tak terbalas olehku....ku panjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar dirimu sentiasa di bawah rahmat dan lindunganNya serta diberi kesihatan yang sempurna, panjang umur, murah rezeki serta di permudahkan dalam segala urusan....sesungguhnya aku begitu sayang sangat kat mak...tiada dua dan tiada tiganya dihatiku....Luv U mak....
![]() |
| My MIL - Siti Maryam bt Salleh |
Selamat Hari Ibu buat ibu mertua akak....semoga hidup mak sentiasa bahagia dan diberi kesihatan yang baik serta bahagia selalu hendaknya.....terima kasih yang tidak terhingga atas jasa dan pengorbanan mak yang melahirkan dan memberiku seorang suami yang terbaik buatku....sesungguhnya kami semua sayang pada mak dan tidak akan mensia2kan kasih sayang mak itu....doaku moga mak diberkati dan dipermudahkan dalam semua urusan...amin.
Sesungguhnya akak begitu bangga dan terharu sekali hari ni diatas ucapan Selamat Hari Ibu daripada en.somi dan anak-anak bersempena hari ibu tahun ini....terima kasih juga buat anak-anak kerana memberi hadiah buat mama...sesungguhnya mama amat terharu sekali kerana anak2 mama menghargai segala kasih sayang mama selama ini....terasa sangat pengorbanan dan kasih sayang mama selama ini buat anak2 dihargai....thanks.... Love you both....
Hadiah dari Along IQah....
Hadiah dari Along IQah....
Wednesday, 18 April 2012
Sambutan Bufday Adik Irah yang ke 6
18 April 2012..genaplah usia adik Irah 6 tahun...tahun ini sambutan hari lahirnya buat di Tabika...tempat adik irah menimba ilmu dan mula mengnal ABC...saja akak nak kongsi di sini gambar-gambar yang sempat di snap masa sambutan majlis harijadi adik Irah di sekolah bersama guru dan teman-temannya...
Antara juadah lain yang sempat akak sediakan buat adik Irah bawa ke sekolahnya....Pulut Kuning dan Kari Ayam Daun Kunyit....akak puas hati sebab walaupun terpaksa bangun awal pagi untuk menyediakan juadah tersebut namun amat gembira dan terharu sekali kerana semuanya habis di makan oleh anak-anak dan tidak membazir....
Wednesday, 14 March 2012
~ Sayang d sayang Part 1 ~
Lama akak tak menulis dan bercerita perihal anak-anak...asyik menulis perihal dapor jer....kali ini akak nak kongsi di sini kisah anak-anak pulak.....rasanya baru semalam anak-anak berada di rumah sebab cuti penggal persekolahan selama 1 minggu....tanpa di sedari hanya tinggal beberapa hari saja lagi mereka akan kembali semula ke sekolah...rasanya bagai baru semalam saja mereka bercuti...betapa masa yang berlalu begitu pantas sekali meninggalkan kita..maka dengan itu bertambah jugalah usia kita....Hari ni akak nak cerita perihal adik Irah iaitu anak kedua akak yang paling banyak ragam dan paling keletah sekali....
Ini adalah gambar terbaru adik Irah...bulan depan genaplah usianya 6 tahun (18 April 2012)...hari-hari asyik dok tanya saja...bila mama nak buat majlis untuk sambut hari jadinya...sebab katanya dia nak jemput kawan-kawannya datang umah...
Adik Irah ni memang suka sangat kalau bergaya depan kamera...macam-macam aksi dia nak buat...mengalahkan model iklan lagaknya.
Sesungguhnya akak amat berterima kasih dan bersyukur kepada yang Maha Esa sebab di kurniakan dua orang puteri yang sempurna dan comel (masuk bakul angkat sendiri jap)bagi melengkap dan menceriakan keluarga kami. Alhamdulillah ya Allah.....
Adik yunk ni memang seorang yang sangat aktif di rumah mahupun di sekolah ( Tabika KEMAS) dan dia tumbuh sebagai anak yang berhati cekal, tabah dan berani. Hobi adik Irah ni memang suka melukis, mewarna dan membaca . Dia juga banyak bertanya sampai kadang2 tak terjawab akak dibuatnya..Akak sangat-sangat bersyukur kerana seusia umurnya 5 tahun dia dah boleh membaca dan pernah memenangi beberapa pertandingan yang disertainya.Doa dan harapan akak sebagai ibu agar adik Irah akan terus membesar sebagai anak yang cerdik, pintar, pandai serta berakhlak mulia..moga hidupnya sentiasa diberkati Allah SWT serta di permudahkan baginya segala urusan di dunia mahupun di akhirat...amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
Aneka Bubur
(3)
Aneka kek
(18)
Aneka Kuih
(30)
Aneka Lauk
(22)
Aneka Masakan
(27)
Aneka Mee
(9)
Aneka Minuman
(1)
Aneka Nasi
(2)
Aneka Puding
(10)
Aneka Pulut
(3)
Aneka Roti
(1)
Asam pedas
(1)
Award
(1)
Besday
(1)
Doa dan Ayat Pilihan
(1)
Family
(27)
ilmu
(7)
Info
(7)
info dan kesihatan
(7)
Kari Sotong
(1)
kek karamel
(2)
Kentang Putar
(1)
kuih muih
(17)
Kuih Tradisional
(3)
Macam-macam
(8)
Pencuci mulut
(12)
Petua
(5)
Petua dan Kesihatan
(9)
Puding Roti
(1)
Sambal tumis petai
(1)












.jpg)


