Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian
Showing posts with label Aneka Mee. Show all posts
Showing posts with label Aneka Mee. Show all posts

Thursday, 6 December 2018

LAKSA KEDAH TETAP DI HATI


Assalamualaikum.....lama sudah tidak bersiaran di sini....rindu juga nak menulis tapi masa tidak mengizinkan, baru kini dapat mencuri sedikit masa terluang untuk menjengah di sini....harap kawan2 tidak lagi melupakan akak...

Berbalik pada cerita kita tentang laksa , boleh kata hampir setiap negeri ada laksa versi masing-masing. Namun laksa yang agak mirip dari segi rupa dan bahan hanyalah tiga laksa di utara tanah air iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Namun setiap laksa ini berbeza dan punya ciri tersendiri.
Kali ini akak nak kongsikan resepi orang tua-tua cara buat laksa Kedah. Jom kita tengok bahan2nya!
Bahan-bahan :
1 bungkus laksa kasar, direndam sehingga lembut kemudian direbus
1 kg ikan termenung (kembung) @ ikan selayang (sardin)
2 genggam cili padi (boleh dikurangkan atau lebihkan mengikut citarasa)
2 sudu kecil belacan
4 ulas bawang merah
10 asam keping
3 tangkai daun kesum
2 batang bunga kantan, dibelah dua secara memanjang

3 batang serai, dititik

Bahan untuk ditabur atas laksa:
Daun pucuk gajus
Daun pucuk putat
Daun ulam raja
Daun selom
Timun, dimayang
Cili padi, dihiris halus
Bawang besar, dihirs
Telur rebus, dibelah mengikut citarasa
Limau nipis, dibelah dua untuk perahan
Kicap manis
Cara memasak :
Rebus ikan bersama 3-4 asam keping dan sedikit garam.
Setelah ikan masak, keluarkan ikan dan perisikan dengan mengasingkan isi serta tulang dalam dua bekas berlainan. Buang asam keping.
Kisar tulang ikan bersama air rebusan ikan tadi. Buat sedikit demi sedikit. Kemudian tapis beberapa kali sehingga anda pastikan tiada tulang kasar tertinggal dalam air rebusan.
Tumbuk atau kisar isi ikan. Kalau suka rasa ketulan ikan dalam kuah, jangan tumbuk halus sangat.
Kemudian kisar bawang merah, cili padi dan belacan.
Didihkan kembali air tapisan tulang ikan dan bahan kisar (bawang + cili + belacan) dalam periuk. 
Setelah mendidih, masukkan isi ikan yang telah ditumbuk, asam keping selebihnya, serai, bunga kantan, dan daun kesum. Rebus sehingga kuah agak pekat dan bergabung mesra.

Setelah kuah pekat barulah masukkan bahan perasa (garam @ gula) secukupnya. Bolehlah dihidangkan.

Jom Layan !!!!

Nota : Foto kedua tu pinjam pakcik google punya...mohon halalkan yea....


Sunday, 22 May 2016

LAKSA KEDAH

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia....lama sungguh akak tak updet blog ni...dah naik berkulat dan berhabuk dah...kekangan masa dan kesibukan tugas membatasi segalanya..Alhamdulillah hari ni boleh kita bersua dan berkongsi idea dan resepi yang sememangnya ringkas dan dimasak dengan penuh kasih sayang....
Laksa adalah makanan yang paling akak dan adik eirah suka...kalu makan ni...siap bertambah-tambah lagi...jom kita semak resepinya...maaf  pic akak amik pic yang terdahulu ye...


RESEPI LAKSA KEDAH

1 bungkus laksa (di rebus hingga lembut dan di sejat)

Bahan kuah :

600g ikan kembung/ikan sardin
2 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3-4 keping asam gelugur
1/2 inci belacan (Kalau suka tp akak tak masukkan pon)
1 liter air
1 batang bunga kantan
Sedikit daun kesom
10 tangkai cili kering

Bahan hiasan :

1 ikat pucuk putat/ daun selom *
5-6 tangkai cili padi *
2 biji asam limau
1 labu bawang besar *
1 biji timun *
5 biji telor (direbus)

* Semuanya diracik/ dipotong halus

Penyediaannya:

Ikan direbus dengan sedikit garam dan air. Asingkan isi dan tulangnya dan di kisar halus.
Cili kering, bawang, belacan di kisar halus. Campurkan bersama air dan isi ikan yang telah di kisar tadi ke dalam sebuah periuk. Masak diatas api sederhana sehingga mendidih. Masukkan garam, serbuk perasa, asam keping, daun kesom dan bunga kantan ke dalam kuah tadi. Biarkan mendidih sekali lagi dan rasakan masam, masin kuah tersebut ikut citarasa masing-masing. Sedia di hidang bersama laksa tadi dan bahan-bahan hiasan yang telah di potong .....Selamat menjamu selera...








Wednesday, 19 February 2014

Bihun Goreng Simple


BAHAN UNTUK BIHUN GORENG 
400gm bihun (sepaket) - di rendam di dalam air biasa hingga lembut dan toskan
100gm udang basah (boleh juga gantikan dengan isi ayam jika suka)
100gm sotong 
50gm sayur sawi - di potong 
50gm kobis - di racik
secekak taugeh 
2 sudu besar cili giling
1/2 cawan sos cili 
1 sudu besar sos tiram 
1 sudu besar kicap pekat 
garam & gula secukup rasa 
Ajinomoto (jika suka) - Boleh gantikan dengan kiub ikan bilis 
1/2 cawan air


CARA MEMASAK

1. Tumis bahan yang di tumbuk hingga wangi dan masukkan cili giling tadi sambil di kacau.

2. Masukkan pula kicap pekat, sos tiram, sos cili, udang dan sotong. Kacau hingga sebati dan masukkan pula sedikit garam, gula dan kiub ikan bilis dan air. Masak hingga mendidih.

3. Seterusnya masukkan bihun di ikuti dengan sayur-sayuran dan kacau hingga bihun lembut serta sebati dengan bahan-bahan yang di tumis tadi.

4. Akhir sekali masukkan taugeh dan kacau sebentar. Jika bihun telah secukup rasa bolehlah matikan api dan hidangkan.









Saturday, 1 October 2011

Mee Goreng Basah

Petang-petang cam ni kita layan mee goreng plak....dengan cuaca sejuk dan dingin seperti sekarang ni sedap kalu makan mee goreng ni panas-panas...kena pula ngan teh o panas...fuhhh lentok beb....sebenarnya N3 ni yang semalam punya....akak masak tuk dinner kami semalam bersama ngan bubur cha-cha tu....hehaaa. En somi dan anak-anak memulun makan...siap bertambah lagi....tak sia2 akak masak tuk mereka dengan penuh kasih sayang....pewiiiitttttttttt.

MEE GORENG BASAH

1 peket mee
2 ekor sotong- hiris bulat
2 keping fish ball- hiris
1 pokok sawi
1/2 mangkuk taugeh
3 ulas bwg putih- tumbuk halus
2 biji telor

bahan sos: (campurkan dlm mangkuk)
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap masin
beberapa titis minyak bijan
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram



panaskan minyak secukupnya
tumis bwg putih sampai naik bau
masukkan bahan sos
biarkan sekejap
pecahkan telur, biarkan membeku sblm dikacau
masukkan sotong, fish ball dan btg sawi
masukkan 1/4 cawan air (kalau nk mee sedikit basah atau kurangkan)
biarkan sekejap
masukkan sawi, taugeh dan mee
gaul sebati- rasa secukupnya sblm angkat
kalau kurang masin, tambah kicap 

*sedikit tips: 
semasa masak mee, seeloknya elakkan penggunaan garam. 
hanya gunakan kicap dan sos sbg bahan perasa


Jom layannnnn....

SELAMAT MENJAMU SELERA









Sunday, 11 September 2011

Sudah terubat rindu d hatiku

Salam dan selamat petang semua....semoga semua sahabat2 berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya...dan sudah tak sampai dua minggu je lagi kita bakal menyambut bulan yang mulia...ramadhan al-mubarak....posa tahun lepas sudah di ganti ka belum??????? harap-harap sumenya sudah menggantinya yek...pada yang belum tu...cepat-cepat ganti ye...

Petang ni suka akak nak bercerita tentang Laksa Kedah atau laksa Utara ni...memang sedap bagi sesiapa yang menggemari laksa ni....memang dah lama akak berhajat dan teringin nak makan laksa ni...( cam mengidam la pulak.....hehehehe)..tapi tak sempat nak buat dan ada-aja saja aral yang datang....kalu nak beli tu rasa cam tak best/ tak cukup jerk...hati akak puas kalu leh makan masakan di umah sendiri ni...sebabnya akak ni bila makan laksa....suka berulang-ulang....laksa ni memang makanan feberet akak dari dulu2 g....dah 2-3 hari  hajat hati nak buat laksa ni tapi asyik tertunda jer....hari ni balik keja terlebih rajin dan en somi pula menawarkan diri nak tolong...bagai pucuk di cita ulam mendatang kata orang...apalagi projek laksa kitaorang pun berjalanlah dengan selancarnya hehehehe.....thanks buat en somi yang sudi menolong....anak-anak pon tolong jugeee...hehehe tolong makan!!!!!!!!!!!!!

Kali ni akak buat laksa kuah asam pedas....kadang-kadang buat juge kuah lemak..tapi akak n keluarga lebih suka pada kuah asam pedas berbanding kuah lemak....jom kita jenguk resepinya....


LAKSA KEDAH

1 bungkus laksa (di rebus hingga lembut dan di sejat)

Bahan kuah :

600g ikan kembung/ikan sardin
2 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3-4 keping asam gelugur
1/2 inci belacan (Kalau suka tp akak tak masukkan pon)
1 liter air
1 batang bunga kantan
Sedikit daun kesom
10 tangkai cili kering

Bahan hiasan :

1 ikat pucuk putat/ daun selom *
5-6 tangkai cili padi *
2 biji asam limau
1 labu bawang besar *
1 biji timun *
5 biji telor (direbus)

* Semuanya diracik/ dipotong halus

Penyediaannya:

Ikan direbus dengan sedikit garam dan air. Asingkan isi dan tulangnya dan di kisar halus.
Cili kering, bawang, belacan di kisar halus. Campurkan bersama air dan isi ikan yang telah di kisar tadi ke dalam sebuah periuk. Masak diatas api sederhana sehingga mendidih. Masukkan garam, serbuk perasa, asam keping, daun kesom dan bunga kantan ke dalam kuah tadi. Biarkan mendidih sekali lagi dan rasakan masam, masin kuah tersebut ikut citarasa masing-masing. Sedia di hidang bersama laksa tadi dan bahan-bahan hiasan yang telah di potong .....Selamat menjamu selera....jommmmm






Monday, 21 March 2011

Bihun Sup Tulang

Salam Mesra buat semua sahabat2 blogger semua...petang ni akak saja nak tayang bihun sup tulang yang akak masak minggu lepas tapi tak sempat nak masuk n3...kebetulan anak saudara yang baru kawin ingin bertandang ke umah...jadi sempat juga menjamu mereka ngan bihun sup ni...

BIHUN SUP
Bahan A

1 paket bihun ] rendamkan beberapa jam
2 s/b kunyit ]

Bahan Kuah

500 gm Tulang
300 gm perut (akak tak masukkan pon)
1 bungkus rempah bunjut
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam [tumbuk kasar]
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
garam
air secukupnya

Bahan Hiasan

daun sup dan daun bawang [ hiriskan]
lobak asin cincang
bawang goreng
cili merah [hiriskan]
limau kasturi [belah 2]

Bahan Sos Cili

10 biji cili merah
1 bawang putih
1 s/b cuka
garam
gula dan air

Semua bahan dikisar halus dan masakkan sahingga mendideh dan pekat

Cara

1. Rebuskan bahan kuah sehingga daging betul-betul lembut dan lekang daripada tulang.
2. Daging pada tulang dihiriskan nipis.
3. Celurkan bihun supaya lembut dan toskan.
4. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.
5. Hidangkan

Sunday, 20 March 2011

Laksa Utara.....sukeeee....

Sudah lama hasrat d hati nak makan laksa tp x berkesempatan nak buat ....sibuk jer memanjang...nak beli d kedai x puas makan...akak kalau makan laksa tak sah kalu x tambah...makan laksa ni suka berulang-ulang...baru bestttt....tambahan pula ianya merupakan makanan kegemaran akak...

Pada cuti hujung minggu baru ni akak sempat juga membuat laksa...mmm..puas makan...sampai orang dok d sebelah pon x  nampak  dah (hehehehehe) ... apa pon jom kita layan resepi laksa ni pulak....

LAKSA UTARA

Bahan-bahan ( untuk 5 org )


2kg ikan kembung - buang ekor & kepala
2btg bunga kantan - dipotong dua
3 ikat daun kesum
3sb cili giling
10bj cili padi - ditumbuk halus
20 keping asam gelugor
20gm belacan
garam & serbuk perasa
1 peket laksa ( direndam & di rebus)
- Bahan-bahan ulam -

1 labu bawang besar
1 ikat daun selum
1 btg timun
3bj telur rebus
3bj limau
1 btg bunga kantan
Cara-cara
 
1.Ikan dibersihkan,masukkan dalam periuk besar bersama 10 keping asam gelugor dan sedikit garam. Isi air hingga menutupi ikan & rebus hingga masak.
2.Bila dah masak,bawa keluar ikan & tunggu sejuk,air rebusan jgn dibuang biarkan dlm periuk. Asingkan isi ikan dr tulang kemudian blend hingga hancur.
3.Masukkan ikan yg dah di blend tadi dalam periuk yang sama. Masukkan bunga kantan,asam keping,daun kesum,cili giling,cili padi dan belacan. Masak dengan api sederhana,biarkan mendidih dan sentiasa panas. 4.Bila kuah terlalu pekat, tambahkan air supaya kuah laksa jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat.
5.Masukkan garam & serbuk perasa.
6.Bawang besar, daun selum, timun dan bunga kantan dimayang halus. Timun & limau dipotong dua.
7.Masukkan laksa dalam mangkuk dan taburkan bahan2 ulam dan siramkan kuah laksa semasa tgh panas. Siap utk dimakan.
 
SELAMAT MENJAMU SELERA....

Wednesday, 2 March 2011

Kuey Teow Kuah Yang Ringkas....


Selamat pagi....hari ni saja nak story dan kongsi ngan kengkawan tentang menu akak petang semalam....lepas balik keja...perut terasa sangat lapar...maklumlah tengahari tadi hanya makan laksa yang en somi beli kat kedai depan umah jer...tu pun kongsi ngan si adik...akak ingat nak masak nasi ayam ja tuk dinner kami malam ni....tapi Along Iqah pulak nak makan kueyteow....en somi dan adik Irah  setuju ja ngan cadangan along Iqah...kalu camtu senang citer...sume makan kueyteow jer ....lagi senang keja akak, tak payah nak masak nasi ayam lagi tuk dinner...hehehehehe....

Jom kita layan resepi kueyteow kuah ni....senang n ringkas tapi sedap (tekak akak ler.....hehehehehe)

KUEY TEOW KUAH

1 bungkus Kueyteow (dibasuh )
2 batang sayur sawi
30 gram kobis bulat
6 ekor sotong sederhana besar
2 keping tauhu
10 ekor udang sederhana besar (akak x masukkan pon sebab x ada stok)
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kicap pekat
2 biji telor
3 sudu besar minyak masak
500 ml air
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dicincang. Goreng hingga garing dan berbau wangi.

- Selepas itu, masukkan cili yang telah dikisar , sos cili, sos tiram dan kicap....masak hingga garing dan pecah minyak.

- Masukkan tauhu , udang dan sotong... gaul biar sebati .

- Masukkkan air , garam dan gula.... masak hingga kuah mendidih baru masukkan telor....biar seketika baru  digaul...

- Lepas tu baru masukkan sayur2 tadi...dan last sekali masukkan kueyteow. Gaul rata dan terus hidang.