Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian
Showing posts with label Aneka Masakan. Show all posts
Showing posts with label Aneka Masakan. Show all posts

Tuesday, 12 August 2014

Masak Lemak Cili Api Peria


RESEPI MASAK LEMAK CILI API PERIA

Bahan-bahan

1 biji peria
segemgam ikan bilis
1 biji bawang merah - diblend
2 ulas bawang putih - diblend
10 biji cilipadi - diblend
1 mangkuk pati santan
Garam
1-2 keping Asam gelugur
Serbuk perasa

Cara-cara

1. Peria itu dibelah dua, buang isi kat tengah-tengah tu. Kemudian potong nipis-nipis.
2. Rendam dalam air garam (lebih kurang 1/2 jam).Tujuan rendaman ni adalah untuk membuang rasa pahit peria itu.
3. Masukkan santan dan semua bahan-bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih sambil dikacau selalu agar santan tidak pecah minyak.
4. Apabila semua rasa sudah sebati dan kuah mendidih...tutup api dan sedia dihidangkan.















Monday, 21 April 2014

Sayur Lemak Rebung Dengan Bayam


BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 kg rebung yang telah dihiris, cuci dan celur hingga lembut, toskan
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
50g daun bayam
1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
1/2 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMBUATNYA :-)

Masukkan rebung yang telah dicelur tadi ke dalam periuk bersama2 hirisan bawang besar, bawang putih dan udang kering tumbuk. Gaul rata, tuang santan cair dan jerang atas dapur hingga mendidih. Kacau sekali sekala dan jika kurang kuah boleh tambah sedikit air.
Masukkan pati santan. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Masukkan pula daun bayam sambil di kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng..












Wednesday, 19 March 2014

Kari Sardin yang sempoiiiii




Bahan-bahannya:

1 biji bawang merah dihiris nipis
1-2 biji bawang putih dihiris memanjang
1 inci halia dihiris nipis memanjang
1 tin sardin sederhana/besar
4-5 batang bendi
1 biji tomato
200ml santan
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil pati asam jawa Adabi
Air dan garam secukupnya

Cara memasaknya :

1) Tumis bawang dan halia hingga kekuningan.
2) Masukkan serbuk kari dan terus masukkan sedikit air.
3) Tumis hingga naik bau. Masukkan santan dan air ikut kepekatan yang dikehendaki.
4) Timba kuah agak tak pecah santan. Masukkan bendi dan sardin dalam tin.
5) Masukkan pati asma jawa dan perasakan dengan gula.
6) Tunggu hingga mengelegak dan sedia dihidangkan.









Thursday, 20 February 2014

Sambal Tumis Petai Ikan Bilis




BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
 1/2 mangkukcili kisar
4 papan petai, ambil isinya
1 biji bawang besar, hiris kasar
3/4 camca besar pes asam jawa
Secubit camca teh serbuk perasa (optional)
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam kuali (guna lebih sikit dan anda boleh keluarkan lebihan minyak bila sambal siap nanti). Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dam kacau selalu.
Masukkan pes asam jawa, kacau dan tambah petai dan bawang besar hiris. Gaul, masukkan sedikit air dan masak sekejap. Masuk ikan bilis (toskan dan perah), kacau rata. Tambah serbuk perasa (jika guna), garam dan gula secukup rasa. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 












Monday, 17 February 2014

Masak Lemak Peria


RESEPI MASAK LEMAK PERIA

Bahan-bahan

1 biji peria
segemgam ikan bilis
1 biji bawang merah - diblend
2 ulas bawang putih - diblend
10 biji cilipadi - diblend
1 mangkuk pati santan
Garam
1-2 keping Asam gelugur
Serbuk perasa

Cara-cara

1. Peria itu dibelah dua, buang isi kat tengah-tengah tu. Kemudian potong nipis-nipis.
2. Rendam dalam air garam (lebih kurang 1/2 jam).Tujuan rendaman ni adalah untuk membuang rasa pahit peria itu.
3. Masukkan santan dan semua bahan-bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih sambil dikacau selalu agar santan tidak pecah minyak.
4. Apabila semua rasa sudah sebati dan kuah mendidih...tutup api dan sedia dihidangkan.










Tuesday, 11 February 2014

Ayam Masak Merah




Ayam Masak Merah

Bahan-bahan :

1 ekor ayam - potong sedang
1 batang serai - diketuk
20 tangkai lada kering - rebus dan blend
5 biji bawang merah - ditumbuk
4 biji bawang putih - ditumbuk
1/2 inci halia - ditumbuk
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
1 biji bawang besar - di hiris bulat
1 biji buah tomato (tak letak pun tak pe)
Gula, garam dan ajinomoto secukup rasa
Serbuk kunyit - untuk mengoreng ayam
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Air perahan asam jawa

Cara membuat :

Gaul garam dan serbuk kunyit pada ayam 
Panaskan minyak dalam kuali
Bila minyak panas, gorengkan ayam 
Tidak perlu garing, cukup sekadar matikan darah ayah sahaja
Ketepikan ayam dahulu
Dalam kuali yang lain, panaskan minyak
Tumiskan bahan tumbuk dan serai hingga garing
Masukkan lada kering yang telah diblend tadi
Biar sambil di kacau-kacau lada sehingga lada garing
Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, garam, gula dan ajinomoto
Kacau sebati
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi
Kacau sebati
Masukkan air perahan asam jawa 
Masukkan bawang besar yang dihiris bulat dan tomato buah yang dipotong baji
Biarkan mereneh seketika
Bila kuah mulai memekat, bulehlah di angkat dan dihidangkan

















Wednesday, 22 January 2014

Kari Sotong


KARI SOTONG

Bahan-Bahan
1 kg sotong-bersihkan, cuci dan toskan
2 biji tomato, belah 4
1 biji timun, dipotong serong
1 keping asam gelugor
2 sudu besar rempah kari ikan *
1 sudu besar rempah kari daging *(*di bancuh dngn sedikit air)
2 sudu besar cili kisar 
2 sudu besar kicap manis jalen
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Bahan Hiris dan Tumis

1 labu bawang besar 
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari, dilurut
2 batang serai- di ketuk

Cara- Caranya
Sotong di bersihkan, cuci dan toskan. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan2 hiris hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.
Masukkan rempah kari yg di bancuh dngn air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. Masa ni guna api sederhana je dan setiasalah di kacau. Masukkan air sedikit dan timun, tunggu sehingga empuk dan biarkan mendidih.
Masukkan sotong, asam gelugor, madu sos tiram, kicap dan gaul rata.
Masukkan buah tomato, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih lagi. Siap, boleh tutup api dan bolehlah di hidangkan .

**Jangan masak sotong terlalu lama takut liat.








Monday, 13 January 2014

Kentang Putar


KENTANG PUTAR YANG BEST

Bahan-bahan ( 10 biji kentang )

• 10 biji kentang - di buang kulit dan di potong kiub
• 1 sudu kecil lada hitam di tumbuk halus
• 1/2 cawan fresh milk
• garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Rebus kentang dengan sedikit garam
2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus dan gebu.
4. Sambil putar jangan lupa masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya


Sos kentang putar (gravy)

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

• 650 ml air
• 5 sudu besar stok ayam (akak guna brand maggi)
• 1 biji bawang besar - cincang
• 1 batang saderi - cincang
• 40 gm mentega
• 20 gm tepung gandum
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos tiram
• sedikit serbuk lada hitam
• kicap pekat - untuk mendapatkan warna
• garam

Cara-cara:

1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.

NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram sudah masin.

Monday, 7 October 2013

Sambal Tumis Terung Pipit

Salam semua.... sapa-sapa kat sini yang suka dengan sambal tumis terung pipit ni mana tah?????????? kalau suka jom kita semak resepinya mana tahu kita boleh masak untuk juadah hari ni....hehehehe


Bahan-bahan

~ terung pipit dalam dua genggam - pecah-pecahkan sikit dengan lesung batu
~ ikan bilis segenggam
~ 2 biji bawang besar - blend
~ 1 bawang besar - di hiris
~ 5 Ulas bawang putih - blend
~ sedikit air asam jawa
~ sesenduk cili kering - rebus dulu baru blend
~ garam gula

Cara memasaknya...

1. Panaskan kuali, masukkan minyak...goreng bawang merah yg dah dihiris tadi...jangan lama
sekejap saja..kemudian angkat, kemudian goreng ikan bilis ...pun sekejap jugak...
kemudian ketepikan...
2. Dengan minyak yang sama tumis dulu bahan yg diblend...bawang putih, bawang merah dan  bila dah naik bau baru masukkan cili kering yg dah diblend tadi...kacau hingga pecah minyak...
3.Masukkan garam gula..kacau lagi ...masukkan air asam jawa, bawang merah hiris dan ikan bilis yang dah di goreng sekejap bersama...
4.kemudian masukkan terung pipit, kacau sekejap kalau rasa keras terung pipit tu bolehla masukkan sedikit air...masak sehingga terung empuk dan pecah minyak.