Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian
Showing posts with label Aneka Pulut. Show all posts
Showing posts with label Aneka Pulut. Show all posts

Monday, 8 October 2012

Pulut Durian Lagiiiii.....

Salam....bersiaran kembali setelah lama menyepikan diri buat sementara....maklumlah sebagai isteri dan ibu yang bekerja ni memang sentiasa sahaja sibuk....baik di opis mahupun di rumah....minggu ni pula akak kena bertugas di dalam dewan sempena Konvokesyen UUM ke 25 bermula Sabtu 6 Oktober 2012 dan habis hari Rabu ni 10 oktober 2012....penat juga kerana setiap hari terpaksa berjalan dan berdiri di dalam dewan...

Habis cerita konvo, berbalik pada menu akak minggu ni...Pulut durian !!! sebenarnya menu ni akak buat pada minggu lepas tapi di sebabkan kesuntukan masa dan kekangan tugas...terpaksa post minggu ni...durian tu akak beli kat pasar malam....lama tak makan pulut durian sedap la pulak...apa pun jom layannnnn....hehehe

Kalau dulu nak makan pulut durian kena la tunggu musim durian...baru boleh makan...sekarang bercambah-cambah durian di jual kat pasar-pasar dan pasar malam...mahu dengan tidak jer....bila ingat kenangan dulu-dulu....masak pulut dan bawa ke dusun...bila durian gugur jer terus terkam ramai-ramai...pastu makan ngan pulut...sedapppp sebab dapat durian fresh terus dari pokok....








Sunday, 15 July 2012

Pulut Durian

Musim durian datang lagiii....sana-sini jemputan makan kenduri pulut durian....sedapnya....minggu lepas ja tiga buah rumah buat kenduri pulut durian....jenuh juga nak memenuhi undangan....





Thursday, 22 March 2012

Pulut Inti


PULUT INTI

Bahan-bahan :

3 cawan beras pulut - di rendam lebih kurang 2 jam
1 mangkuk santan pekat
sedikit garam dan gula

cara -cara :

Kukus pulut sehingga masak.
Di dalam bekas yang besar...campurkan garam dan sedikit gula ke dalam santan dan gaul sebati.
Masukkan pulut yang masih panas ke dalam santan tadi.
Gaul sehingga pulut dan santan sebati, tidak berketul dan nampak berkilat.


Bahan Inti :

1 cawan air
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir -  boleh kurangkan jika terlalu manis
1-2 sudu tepung gandum - tak letak pun tak apa
sedikit garam

Cara-cara :

Masak gula merah dan gula pasir dengan sedikit air dan tapis.
Masukkan kelapa parut, tepung gandum dan sedikit garam
Gaul sebati dan masak sehingga kelapa /inti tadi menjadi sedikit kering
Siap untuk hidangan dengan pulut.